Cuti sekolah makin dekat. Buat ibu bapa, sudah merancang percutian bersama keluarga? Anak-anak pasti ternanti-nanti percutian pada hujung tahun ini. Cuti sekolah adalah waktu kegemaran mereka melihat tempat baru serta dapat berkongsi pengalaman di kemudian hari. Bagi yang tidak tahu ingin kemana, jom kita terokai tempat menarik di negara gajah putih ini, Thailand.
#1. WAT CHALONG
Wat Chalong terletak di Phuketdan manjadi tarikan utama buat pengunjung. Kawasan ini telah dibina pada tahun 1837. Disekelilingnya, terdapat beberapa bangunan yang sudah diwarnakan dengan warna emas. Salah satu bangunan di dalam kompleks ini yang menjadi perhatian ramai adalah Chedi yang berketinggian 60 meter.
Bangunan ini dikatakan menjadi tempat penyimpanan sebahagian tulang Buddha yang telah didatangkan dari Sri Lanka pada tahun 1999. Wat Chalong kini dibuka pada 7:00 pagi hingga 5:00 petang dan kemasukan adalah percuma.
#2. PANTAI SURIN
Nikmati percutian anda seperti selebriti dengan mengunjungi Pantai Surin. Berpasir putih dan laut yang biru antara tarikan utama bagi pelancong termasuk penduduk tempatan. Bagi anda yang merancang ingin ke sini, terdapat juga aktiviti snorkeling di bahagian terumbu karang dan temui pelbagai hidupan laut yang lain.
#3. PHUKET FHANTASEA
Apa yang menarik di sini? Phuket Fhantasea merupakan taman teman yang berkonsepkan kebudayaan masyarakat di sana. Fakta! Taman tema ini merupakan taman tema yang pertama di dunia yang memperkenalkan tema kebudayaan.
Taman tema ini berkeluasan 60 hektar padi membuatkan anda kebar kaki. Menampilkan 3 jenis tarikan utama iaitu pertunjukan teater kebudayaan Thai, restoran buffet dengan seni bina bergaya Ayutthaya dan Festival Village shopping street.
Bagi yang ingin ke sini, rancang waktu perjalanan percutian anda dengan sebaiknya bagi megelakkan kesesakan. Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.