Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengisytiharkan kesemua restoran termasuk gerai dan warung tepi jalan seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok.  Larangan ini akan dikuatkuasakan mengikut akta sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 digubal di bawah Seksyen 36 Akta Makanan 1983.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boo Chye mengulas bahawa larangan ini telah menerima bantahan pelbagai pihak terutamanya peniaga. Ini akan menjejaskan perniagaan para peniaga namun budaya merokok ini telah menelan kos rawatan perubatan yang tinggi.

Larangan merokok juga akan dilaksanakan walaupun gerai warung tepi jalan. Sumber foto: putery memory

Larangan merokok di tempat awam pernah disuarakan sejak 2015. Rungutan orang awam juga antara dorongan untuk melaksanakan undang-undang baharu ini. Kaji selidik daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati sebanyak 5 juta rakyat Malaysia merupakan perokok dari 15 tahun dan ke atas.

BACA JUGA :   Menurut Kajian, Asparagus Dapat Merawat Penyakit Kanser

Data juga menunjukkan kematian di hospital awam adalah penyakit yang berkaitan dengan asap rokok seperti jangkitan paru-paru, kanser, jantung dan lain-lain.

Menurutnya, individu yang gagal mematuhi peraturan di zon larangan merokok boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. Pemilik premis makanan turut berdepan tindakan penguatkuasaan yang membawa denda RM2,500 sekiranya gagal mematuhi peraturan seperti termaktub dalam larangan merokok. Larangan ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.

 

Kesan Merokok akan membuatkan perasaan ketagih pada perokok. Sumber foto: ulamak islam sedunia.

Terdapat pelbagai amaran telah diberikan termasuk illustrasi pada kotak rokok. Namun begitu, perokok masih tidak tahu bahawa rokok penyebab utama segala penyakit. Menurut sumber kesihatan, 90 peratus perokok akan mendapat penyakit barah paru-paru, 75 peratus penyakit pernafasan dan 25 peratus penyakit jantung.

BACA JUGA :   BERHENTI ROKOK JIKA INGIN HIDUP SIHAT

Terdapat pelbagai kesan buruk asap rokok dalam pelbagai aspek. Bahan kimia masuk ke dalam badan boleh menyebabkan kekurangan oksigen dalam dalam darah dan menyebabkan nafas menjadi pendek, kurang stamina dan kurang oksigen buat janin bagi wanita mengandung. Asap rokok juga menyebabkan putus haid awal, kurang kesuburan, keguguran bagi, bayi pra-matang, penyakit lelah dan jangkitan paru-paru.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here