Asparagus adalah tumbuhan saka berbatang kecil yang berasal dari daerah timur Mediterranean, tetapi juga tumbuhan asli di kebanyakan negara Eropah, utara Afrika dan barat Asia.

Ia juga diklasifikasikan sebagai sayur-sayuran kerana pucuknya boleh dimakan dengan mengutip bahagian pucuk muda (rebung) yang keluar dari pangkal pokok.

Asparagus

Ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A dan C dan niasin. Di kawasan Asia Tenggara, asparagus ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand iaitu di kawasan tanah tinggi dan ada juga di kawasan tanah rendah.

Malaysia menanam asparagus di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland dan Kundasang dengan anggaran keluasan direkodkan sekitar 160-175 hektar setiap tahun.

Asparagus

Para saintis di Universiti Cambridge mendedahkan terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa sayur asparagus boleh mengubah polar pertumbuhan dan menghalang penularan sel kanser.

Hal ini kerana asparagine yang juga boleh ditemukan dalam makanan seperti ayam dan makanan laut merupakan sejenis asid amino iaitu bahan asas untuk membina protein, menghalang penularan sel kanser.

Asparagus

Menurut laporan BBC, menerusi penyelidikan yang dilakukan terhadap tikus yang menghidap kanser payudara menunjukkan tumor tersebut semakin besar dan merebak jika tidak mengambil nutrien asparagine.

Ketua penyelidik, Prof. Greg Hannon berkata, kebiasaannya tikus yang menghidap kanser payudara jenis agresif akan mati dalam tempoh beberapa minggu.

Asparagus

Namun, apabila tikus berkenaan diberikan diet rendah asparagine, tumor tersebut dilihat sukar untuk membesar atau merebak.

Sehubungan itu, Hannon melahirkan harapan untuk membangunkan kajian terhadap makanan yang berbeza-beza bagi meningkatkan kemampuan untuk rawatan kanser.

Kami lihat terdapat banyak bukti yang boleh mengaitkan kanser dengan komponen diet tertentu.

Asparagus

“Pada masa akan datang, mengubah diet pemakanan pesakit atau menggunakan ubat yang boleh mempengaruhi sel kanser memperoleh nutrien berkenaan diharap meningkatkan keberkesanan rawatan kanser,” ujarnya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here