Nampaknya, 12 Februari semakin hampir? Adakah anda mengingati sambutan apa yang akan dilakukan pada hari tersebut. Hari tersebut adalah sambutan hari Valentine.

Adakah anda tahu disebalik kisah Hari Valentine? Hari Santo Valentine, atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih.

Loading...

Sambutan ini dinamai sempena seorang dua martir Kristian purba yang bernama Santo Valentine. Ia ditubuhkan oleh Paus Gelasius I pada tahun 496 M, tetapi digugurkan daripada Takwim Santo Rom Am oleh Paus Paul VI pada tahun 1969.

Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan.

BACA JUGA :   MENARIK: Remaja Pakistan Ini Boleh Memusingkan Kepala 180 Darjah

Pakistan

Sambutan ini mula-mula dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan sastera Geoffrey Chaucer pada Kemuncak Zaman Pertengahan apabila mekarnya asmara istana.

Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah bentuk hati, burung merbuk, dan dewa Cupid yang bersayap. Semenjak abad ke-19, surat cinta Valentine yang bertulisan tangan membuka laluan kepada kad ucapan yang dikeluarkan secara besar-besaran.

Pakistan

Dalam Islam, menyambut Valentine adalah sangat diharamkan.

Adakah anda tahu bahawa negara Pakistan mengharamkan sebarang acara dan liputan media mempromosikan Hari Valentine selama dua tahun berturut-turut selepas mahkamah memutuskan sambutan tersebut melanggar ajaran Islam.

Pakistan

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Media Elektronik Pakistan (Pemra) mengeluarkan perintah memberi amaran kepada stesen televisyen dan radio terhadap sebarang promosi peristiwa Hari Valentine.

BACA JUGA :   MENARIK: Remaja Pakistan Ini Boleh Memusingkan Kepala 180 Darjah

“Tiada acara akan diadakan di peringkat rasmi atau di mana-mana tempat awam,” kata Pemra.

Pakistan

Larangan itu diperkenalkan oleh Mahkamah Tinggi Islamabad tahun lalu selepas petisyen yang mengatakan bahawa sambutan itu adalah import budaya dari Barat yang akan melemahkan umat Islam.

Kebanyakan orang muda di kalangan majoriti 60 peratus penduduk Islam di bawah umur 30 tahun termasuk pertubuhan-pertubuhan komersil sejak kebelakangan ini mengamalkan tradisi sambutan Hari Valentine dengan jualan bunga dan coklat.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here