tekanan darah tinggi

Tahukah anda! penyakit tekanan darah tinggi adalah satu daripada punca kematian paling biasa di seluruh dunia. Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, obesiti, kehidupan kurang melakukan aktiviti fizikal, pengambilan garam berlebihan, alkohol dan banyak lagi, turut menyumbang kepada penyakit yang juga dianggap sebagai pembunuh dalam senyap itu.

Loading...

Mengikut statistik yang dikeluarkan Institut Hati, Paru-paru dan Darah Kebangsaan Amerika Syarikat (US NHLBI) menunjukkan lebih 65 juta atau satu daripada setiap tiga orang dewasa di Amerika Syarikat menghidap tekanan darah tinggi, sementara 59 juta lagi warga Amerika mengalami peringkat awal darah tinggi.

Kajian juga meramalkan menjelang tahun 2025, dianggarkan 1.56 bilion penduduk dunia menghidap tekanan darah tinggi. Ia adalah pembunuh senyap kerana lazimnya ia tidak memberikan sebarang amaran atau simpton. Berikutan itu, ramai yang tidak menyedari kehadirannya.

Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang kali pertama dijalankan di Malaysia pada tahun 1996, mendapati 32.4 peratus atau dianggarkan 2.6 juta warga dewasa Malaysia berusia 30 tahun dan ke atas turut menghidap tekanan darah tinggi.

tekanan darah tinggi

10 tahun selepas itu, kajian sama dilakukan, kelaziman penyakit tekanan darah tinggi dalam kalangan usia yang serupa dengan kaedah sama digunakan turut meningkat kepada 40.5 peratus.

Kadar peningkatan penyakit tekanan darah tinggi turut direkod dengan kajian kumpulan kecil dijalankan di Malaysia.

Namun, kajian terhadap 2,508 subjek dari semua daerah di Kelantan, trend tekanan darah tinggi dalam kalangan penduduk negeri ini didapati lebih rendah iaitu 13.9 peratus berbanding peratusan di seluruh negara.

BACA JUGA :   Ahmad Yakob Selesai Angkat Sumpah Sebagai MB Kelantan

tekanan darah tinggi

Menyedari perkara ini, sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian, Kelantan mengambil inisiatif menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ulam daun serai kayu atau daun salam dalam kalangan penduduk tempatan yang dikatakan mampu menurunkan kadar darah tinggi.

Daun serai kayu atau di sesetengah tempat di negara ini dikenali sebagai daun salam, samak kelat, daun bay dan daun beriani, banyak digunakan dalam masakan di seluruh dunia kerana keistimewaannya membangkitkan aroma dalam juadah.

Jika di Indonesia ia lebih dikenali sebagai meselengan, ubat serai, gowok, manting dan kastolam, manakala istilah sainsnya pula Syzygium polyanthum.

Di Eropah dan kawasan negara Mediterranean, daun serai kayu ini lazimnya dikeringkan dan digunakan sebagai penambah perisa kepada masakan terutama dalam sos, sup, stew dan masakan berunsurkan makanan laut, sayur serta daging.

Tidak ketinggalan, dalam masakan Arab, India dan Pakistan. Antaranya, digunakan untuk menambah keenakan rasa dalam masakan nasi beriani dan bahan dalam garam masala (rempah ratus).

Di Kelantan dan Terengganu, daun serai kayu ini banyak digunakan dalam masakan seperti laksam dan dijadikan ulam untuk dimakan bercicahkan budu.

Rupa-rupanya, di sebalik keenakannya sebagai perisa tambahan kepada masakan, daun ini mempunyai seribu satu rahsia dari sudut kesihatan terutama dalam rawatan penyakit tekanan darah tinggi.

Rahsia keunikan dan kehebatan daun yang pokoknya mudah ditanam di kawasan tropika, berjaya dibongkar kumpulan penyelidik berkenaan yang diketuai Pensyarah Kanan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, universiti itu, Dr Wan Amir Nizam Wan Ahmad dalam penyelidikannya yang sudah masuk tahun keempat.

BACA JUGA :   Darjah Kebesaran Dua Datuk Paduka Ditarik Balik Oleh Sultan Kelantan

“Daun serai kayu atau salam sudah lama digunakan penduduk Kelantan yang menghidap darah tinggi untuk menurunkan tekanan darah mereka.

“Kami tertarik untuk mengkaji dengan lebih mendalam khasiat daun ini selepas melihat corak tekanan darah tinggi beberapa pesakit yang dirujuk di klinik kami semakin normal dan mereka hanya perlu mengambil ubat darah tinggi dengan kadar dos kecil.

“Selepas diselidik, rupa-rupanya mereka mengamalkan makan daun salam sebagai ulam harian mereka,” katanya.

 

tekanan darah tinggi

Justeru, kumpulannya menjalankan penyelidikan secara saintifik selepas mendapati belum ada lagi kajian terhadap daun itu dilakukan bagi menentukan keberkesanannya dalam bidang perubatan. Melalui kajian yang dilakukan, terbukti membantu menurunkan darah tinggi.

Menurut Dr Wan Amir Nizam Wan Ahmad, “Kita berharap dapat menghasilkan produk suplemen bagi membantu golongan penghidap darah tinggi. Ia boleh menghasilkan ubat daripada serai kayu dengan formulasi yang betul bagi penghidap penyakit darah tinggi,” katanya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here