Mona Fandey Dukun
Kredit foto : Murderpedia & Gempak Gempita

Jika anda membesar pada zaman 90-an dahulu, anda pasti pernah mendengar tentang kes pembunuhan yang melibatkan seorang selebriti yang kemudiannya menjadi ahli bomoh iaitu Mona Fandey. Jika ada yang belum pernah dengar, di sini kami ceritakan kembali kisah tersebut secara ringkas.

Mona Fandey Dukun

Loading...

Pada tahun 1993, seorang lelaki bernama Datuk Mazlan Idris yang juga merupakan bekas Adun di negeri Pahang datang bertemu Mona Fandey untuk menggunakan  khidmat bomohnya. Dipercayai beliau meminta Mona Fandey untuk menjadikannya lebih kebal dan berjaya dalam politik. Menurut laporan, Mona Fandey menerima bayaran berjumlah RM500,000 dan juga aset tanah bernilai RM2 juta daripada beliau.

Untuk tujuan tersebut, Mona Fandey telah meminta beliau untuk datang bagi upacara mandi bunga.

Mona Fandey Dukun

Pada hari kejadian, Datuk Mazlan diminta berbaring dan badannya dilitupi dengan bunga-bungaan. Kedua-dua matanya juga ditutup dengan kelopak bunga. Pada masa itulah Mona Fandey memberikan isyarat kepada pembantunya untuk memotong kepala Datuk Mazlan dengan kapak. Lalu, mayatnya dikerat kepada 18 bahagian sebelum ditanam di kawasan berdekatan.

BACA JUGA :   Umie Aida Hampir Dirasuk, Jilat Dinding Penjara Di Set Penggambaran Dukun

Selepas ditangkap dan dibicarakan di mahkamah, dia akhirnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada tahun 2001. Kes tersebut masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia sehingga ke hari ini kerana cara pembunuhannya yang begitu ngeri.

Mona Fandey Dukun

Pada 2006, 5 tahun selepas Mona Fandey digantung, sebuah filem bertajuk Dukun yang mengisahkan cerita seakan-akan sama dengan kes Mona Fandey telah diangkat ke layar perak. Walaubagaimanapun, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak membenarkan filem itu ditayangkan kerana plotnya menyentuh sensitiviti ahli keluarga mereka yang terlibat.

Mona Fandey Dukun

Namun kini filem Dukun yang diharamkan itu kembali dibocorkan di laman-laman web online. Ini menimbulkan kemarahan Ketua Pengarah FINAS , Datuk Fauzi Ayob.

BACA JUGA :   Filem Dukun Cipta Sejarah, Berjaya Kutip RM1.5 Juta Hari Pertama Tayangan

Menurut beliau, “Kami sedang bekerjasama dengan Kementerian  Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menghapuskan segala filem cetak rompak, terutamanya yang disiarkan di media sosial”.

Mona Fandey Dukun
Ketua Pengarah FINAS , Datuk Fauzi Ayob.

“Ianya melanggar undang-undang hakcipta dan kami ingin mengingatkan orang ramai bahawa perkara tersebut adalah satu kesalahan jenayah yang serius”, tambahnya lagi.

Jadi, kami memohon kepada anda semua supaya menjauhi budaya cetak rompak walau di mana-mana sahaja anda berada.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here