Anda pernah ke Langkawi? Ke mana sahaja anda pergi? Pastikan anda tidak terlepas dari melawat tempat menarik yang terdapat di Langkawi. Langkawi kaya dengan tempat menarik dan menjanjikan kepuasan kepada pengunjung. Di sini terdapat beberapa tempat yang boleh dikunjungi semasa berada di sana.

#1. DATARAN HELANG

Sumber foto: Dataran Langkawi

Siapa tidak pernah melihat replika burung helang? Inilah masanya, Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi seterusnya simbolik utama bagi penduduk tempatan. Bagi pengunjung yang menginap di Pekan Kuah, Dataran Helang ini berada di kawasan sekitar. Tiada bayaran dikenakan buat pengunjung.

#2. PANTAI CENANG

Pantai Cenang merupakan antara tarikan pulau yang terdapat di Langkawi. Menariknya di sini, pelancong luar mahupun pengunjung tempatan dapat menikmati keindahan matahari terbenam. “breathtaking scenary” ini sangat memukau.

Pengunjung boleh menikmati suasana pantai cenang pada waktu malam. Sumber foto: tripadvisor.

Terdapat juga pelbagai pemudahan yang disediakan buat pengunjung. Pantai ini lebih “riuh” pada waktu malam. Deretan kedai makan juga membolehkan pengunjung untuk menikmati angin laut pada waktu malam.

#3. GUNUNG RAYA

Gunung Raya adalah gunung yang tertinggi di Langkawi. Bagi pengunjung, tiada aktiviti lasak boleh dilakukan. Bagi pencinta alam, Gunung Raya adalah kawasan yang strategik. Jika berpeluang, pengunjung boleh melihat Perlis dan Thailand dari kawasan gunung tersebut.

BACA JUGA :   Mayat Adik Aisyah Ditemui Dalam Keadaan Tragis
Sumber foto: Backpaking Malaysia

Pengunjung juga boleh menikmati panorama matahari terbenam jika berkesempatan. Kebiasannya, tidak banyak pengunjung akan melawat ke sini memandangkan mengambil masa selama 20 minit untuk ke lokasi.

#4. TASIK DAYANG BUNTING

Tasik ini terletak jauh daripada Pulau Langkawi danterletak berhampiran dengan Pekan Kuah. Bagi pengunjung, terdapat beberapa pakej disediakan unruk ke sini dari jeti Pekan Kuah. Garha bayaran bermula serendah RM 35 dan pengunjung akan dibawa ke Tasik menggunakan bot berkelajuan tinggi.

Lagenda Dayang Bunting yang diperkatakan warga tempatan. Sumber foto: malaysian travel

Tasik Dayang Bunting juga terdapat mitos yang tersendiri. Jika dilihat dengan mata kasar, terdapat bukit yang membentuk seakan “wanita” yang sedang berbaring bersama perut yang bunting. Lagenda ini mengisahkan tentang Puteri Mayang Sari.

Pengunjung boleh melakukan aktiviti bermandi juga di sana. Terdapat juga pelampung jaket bagi faktor keselamatan.

#5. GALERIA PERDANA

Galeria Perdana terletak berhampiran dengan Pekan Kuah dan tempat ini telah diilhamkan sendiri oleh Perdana Menteri Ke-7. Di sini, pengunjung dapat melihat cenderahati yang telah dihadiahkan oleh pemimpin luar kepada Tun Dr. Mahathir.

BACA JUGA :   Tiga Nelayan Positif Dadah Ditahan Di Perairan Langkawi

Pembinaan ini bagi bertujuan sebagai simbolik di mana hadiah tersebut adalah milik rakyat dan bukan milik beliau sebagai mana Tun Dr. Mahathir mewakili rakyat pada masa tersebut. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM 10 bagi dewasa dan RM 4 bagi kanak-kanak.

#6. UNDERWATER WORLD LANGKAWI

Mula dibuka pada tahun 1995 dan menjadi tarikan utama pengunjung di sana. Berkeluasan 60,000 kaki persegi seterusnya menjadi Underwater World Langkawi sebagai aquarium marim air tawar yang terbesar di Asia Tenggara.

Akurium ini mela dibuka seawall 10:00 pagi dan 9:30 pagi pada musim cuti sekolah. Bayaran yang dikenakan adalah RM 36 bagi dewasa dan RM 26 bagi kanak-kanak. Bagi pelancong bukan warganegara, RM 46 bagi dewasa dan harga kanak-kanak adalah RM36.

Rancang percutian bersama keluarga anda sekrang dan nikmatilah keindahan yang terdapat di Langkawi.Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here