Nestle (Malaysia) Bhd. mengumumkan akan menjadikan kilang bagi penghasilan minuman malt coklat kegemaran ramai iaitu Milo di Chembong, Negeri Sembilan sebagai kilang penghasilan Milo yang terbesar di dunia.

Nestle (Malaysia) Bhd. telah melabur sebanyak RM100 juta bagi pembesaran kilang yang berada di Chembong, Negeri Sembilan itu dan mereka akan memindahkan segala operasi penghasilan jenama itu dari kilang sedia ada mereka yang terletak di Petaling Jaya ke Negeri Sembilan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Alois Hofbauer.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alois Hofbauer berkata bahawa langkah serta pelaburan besar yang dilakukan oleh Nestle Malaysia selari dengan strategi syarikat itu untuk memacu pertumbuhan kukuh yang dapat mengekalkan prestasi yang baik buat jenama itu dan menguntungkan serta melabur di Malaysia sebagai hab pengilangan utama bagi Nestle.

BACA JUGA :   Putihkan Gigi Anda Dengan 5 Cara Semulajadi Ini

Beliau turut mengatakan bahawa kilang yang terletak di Negeri Sembilan itu merupakan aspek penting bagi Nestle Malaysia untuk terus membekalkan minuman malt coklat itu ke pasaran di Malaysia dan juga bagi pasaran di luar negara iaitu kira-kira sebanyak 20 negara di seluruh dunia.

Pelaburan bagi kilang di Chembong itu akan membantu Nestle untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat dari luar dan juga dalam negara bagi minuman kegemaran ramai itu.

Kilang di Chembong, Negeri Sembilan yang akan menjadi hab utama penghasilan minuman malt coklat Milo bagi seluruh dunia.

“Kami menyaksikan potensi besar bahawa pelaburan ini akan membolehkan kami mengukuhkan fokus terhadap perniagaan teras yang strategik yang dapat memberikan pertumbuhan jangka panjang yang baik dan sejajar dengan keperluan pengguna yang berkembang.

“Menerusi pertumpuan operasi Milo kami dan pelaburan melebihi RM100 juta ke kilang Chembong, kami akan dapat meningkatkan lagi kemudahan pengeluaran, meningkatkan kecekapan operasi dan meningkatkan kapasiti kilang.

“Perkembangan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap kecekapan dan daya saing.

“Usaha ini seterusnya menyaksikan kilang Chembong sebagai pusat kecemerlangan pengilangan Milo yang terbesar di dunia,” katanya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Kes COVID-19 Di Selangor Mencatatkan Kes Harian Tertinggi.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here