Bencana alam di Sulawesi telah mendapat perhatian pelbagai pihak. Tidak terkecuali buat Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) dan Maxis Bhd (Maxis). Syarikat gergasi ini telah menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM 5 juta di bawah Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi (TBGBTS).

Pengerusi Astro, Tun Zaki Azim dan Pengerusi Maxis Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda menyerahkan replika cek itu kepada Tun Dr. Mahathir di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Menteri.

Berikut ialah kerosakan yang dialami di Palu, Sulawesi. Sumber: jejusulawesi

Turut hadir pada sesi penyerahan, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman. Bakal ketua pegawai eksekutif Astro Henry Tan dan ketua pegawai eksekutif enterim Maxis Robers Nason.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Bidang Pengajian Islam Di Universiti Di Indonesia

Syarikat turut melahirkan rasa dukacita atas musibah yang menimpa.  Dengan sumbangan yang ada, di harap dapat membantu dari segi infrastruktur di Sumetera.

Pihak Astro dan Maxis berharap agar sumbangan dapat digunakan untuk membina semula sekolah dan bangunan yang lain. Sumber: Berita Harian

Kerajaan khususnya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro dan Maxis atas sumbangan. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah, menteri yang bertanggunjawab terhadap tabung bencana itu dan turut dilihat ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo serta Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Pihak Astro akan menggunakan waktu siaran di TV, radio dan platform digital untuk berkempen dan secara khususnya untuk memberi kesedaran kepada pelanggan Astro. Astro juga akan melalukan promosi untuk mengalakkan lebih ramai orang yang menyumbang kepada tabung berkenaan . Orang ramai yang berminat boleh layari laman sesawang www.maxis.com.my, www.hotlink.com.my, dan www.astro.com.my bagi mengetahui lebih lanjut.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here