Kalau anda jenis yang susah nak buat pilihan lagi-lagi bab nak makan atau nak minum, rasanya anda jangan nak membeli air dengan mesin ni. kerana mesin minuman ni mempunyai lebih daripada 50 jenis air berkarbonat!

Coca-cola Malaysia telah merevolusikan industri minuman kat Malaysia dengan memperkenalkan mesin dispenser minuman yang berteknologi tinggi kerana ia mampu menyediakan kepada pengguna lebih banyak pilihan minuman.

Mesin ini menawarkan lebih banyak pilihan minuman kepada pengguna.

Coca-cola Freestyle, dilengkapkan dengan segala macam teknologi yang akan memudahkan anda untuk mendapatkan minuman bergas tanpa perlu pergi dari satu pintu peti sejuk ke pintu yang lain.

Canggih Woo…!

Eksekutif  Inovasi dan Pertumbuhan Coca-Cola Malaysia, Lee Sook Yan telah mneyenaraikan antara teknologi yang membuatkan mesin dispenser minuman ini juara dalam memberikan servis minuman gas di Malaysia.

BACA JUGA :   11.11:  Jualan Orang Single Yang Menjadi Fenomena Dunia
Teknologi canggih digunakan bagi membolehkan coca-cola perisa oren mampu dikeluarkan. (Sumber gambar: Coca-cola)

Antaranya, teknologi PurePour yang membolehkan gabungan yang tepat bagi sesuatu minuman boleh dibuat mengikut pesanan pelanggan. Yalah, mesin yang boleh keluarkan 50 jenis air, mesti kena ada teknologi yang betul untuk pastikan semuanya betul.

Untuk berikan gas pada jumlah yang betul, mesin minuman ni turut dilengkapkan dengan teknologi True Carb. Takda gas, tak syoklah nak menonton wayang, kan?

Perisa Air Yang Tak Dijual Kat Mana-mana Kedai Lain

Apa yang membuatkan mesin air ni lagi menarik dan best adalah, ia turut mempunyai minuman berperisa yang tidak dijual oleh Coca-cola di kedai biasa. Bermakna, sesetengah perisa hanya boleh didapati di mesin sahaja!

Antara perisa tersebut adalah prite Zero Laici dan A&W Rootbeer Zero Ceri Vanila. Jangan dicari perisa ni kat kedai, sampai tahun depan pun anda takkan jumpa kat mana-mana.

BACA JUGA :   SULTAN MUHAMMAD V Letak Jawatan Serta Merta
Minuman dengan perisa yang tak ada dijual di kedai turut ada di Coca-cola Freestyle ini.

Selain tu, mesin ni juga boleh menambahkan perisa seperti ceri dan oren ditambahkan ke dalam minuman kegemaran anda seperti Dasani, A&W, dan Coca-cola. Nampak menarik kan?

Buat masa ni, mesin Coca-cola Freestyle ni hanya boleh didapati di mmCineplexes, Damansara. Kalau anda berhajat nak rasa minuman Dasani perisa oren, bolehlah bekunjung ke sana untuk satu pengalaman yang lain daripada yang lain.

Mesin air Coca-cola Freestyle yang ditempatkan di Mmcineplexes di Damansara.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here