Isu sampah bukan lagi perkara asing dikalangan rakyat Malaysia. Penggunaan plastic juga digunakan secara meluar di serata tempat. Hal ini secara tidak langsung telah menjadi kebiasaan buat rakyat. Pelbagai cadangan telah dikemukan bagi menghentikan “budaya” ini. Baru-baru ini, Menteri Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin komited mengenai perkara ini.
Yeo Bee Yin membuat kenyataan bahawa pihak kerajaan sangat komited dalam memastikan keselesaan penduduk tempatan. Oleh itu, beliau bercadang untuk meminda Akta Alam Sekeliling 1974. Ini bertujuan dalam usaha penambahbaikan rang undang-undang yang baharu. Melalui ini, sebarang komponen atau sisa yang tidak dapat dikitar semula akan diharamkan di Malaysia. Sampah seperti botol soda, pembungkus makanan beg plastik sebelum ini dihantar ke China bagi proses penghapusan. Namun, China telah menghentikan urusan ini memandangkan bakal membri kesan buruk pada negara mereka.
Penggunaan plastik secara berterusan akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Proses penghapusan satu beg plastik mampu memakan masa selama 100 tahun. Ini bukanlah persekitaran yang akan kita berikan kepada generasi seterusnya. Bag plastik juga antara penyebab hidupan laut tercemar. Berdasarkan sumber yang dipercayai, dianggarkan lebih 100,000 haiwan laut mati akibat beg plastik setiap tahun. Malah, sebanyak 17 beg plastik ditemui di dalam perut paus menandakan dunia semakin “tercemar”.
Hari tanpa plastik yang dilakukan oleh pihak berkuasa sedikit sebanyak telah memberi pendidikan secara tidak langsung kepada orang awam. Hari tanpa plastik jatuh pada hari Sabtu di mana pembeli perlu membawa beg sendiri sekiranya ingin membeli barang. Caj sebanyak 20 sen juga dikenakan bagi setiap beg plastik sekiranya pembeli tidak membawa beg sendiri.
Pastikan anda layari Deenamik.com untuk berita seterusnya. Layari juga sosial media Deenamik dan like FB Page Deenamik.