Bila kali terakhir anda belajar tentang ilmu sains (kecuali mereka yang bekerja dalam bidang sains)? Bertahun-tahun lepas ketika anda berada di bangku sekolah? Ketika itu, mesti anda belajar sains atas dasar mahu lulus ujian dan peperiksaan sahaja kan?

Sains ni subjek yang berat. Banyak benda nak kena faham. Banyak formula nak kena hafal. Paling menakutkan, ia sangat berkait dengan matematik (dengar nama pun dah gerun).

Atas dasar mahu mendidik rakyat Malaysia mengenai sains dalam cara yang mudah dan santai menggunakan media sosial, sekumpulan saintis telah menubuhkan sebuah page Facebook, Ini Sains Beb.

Portal Ini Sains Beb! galak menjalankan usaha mendidik masyarakat dalam bidang sains. (sumber gambar: Facebook)

Admin-admin dalam page ini terdiri daripada saintis dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, sains makanan, psikologi, jururawat, dan pelbagai lagi. Malah, ada juga adminnya merupakan doktor pakar dan terlatih.

Jangan risau mengenai ilmu yang disebarkan mereka kerana kelayakan yang dimiliki oleh mereka bukanlah calang-calang. Ada juga yang dah jadi penyelidik selama bertahun-tahun dan ada juga yang memiliki dalam bidang masing-masing.

Santai dan Sempoi

Setiap posting yang dibuat di laman page ini disusun dan dikarang supaya semua orang awam boleh memahami selepas pembacaan. Yalah, bukan semua orang awam ni faham terutama jargon dan istilah khas dalam bidang sains ni.

BACA JUGA :   Ini Sebab Kenapa Pihak Yang Menghina Agong Perlu Dikenakan Tindakan
Disampaikan dalam bentuk berinformatif dan menarik serta kadang kala disertakan dengan lakaran kartun yang dilukis sendiri. (Sumber gambar: Facebook)

Nak tambahkan lagi kefahaman mengenai sesuatu perkongsian ni, setiap posting akan disertakan dengan senarai rujukan jika ada mana-mana pembaca yang ingin membuat cross-reading dengan info yang dikongsikan.

Memang dalam setiap posting akan ada istilah dan jargon sains yang dimasukkan tetapi penerangan ringkas akan dibuat beserta fungsi dan keburukan sesuatu benda yang diterangkan.

Mendidik Menentang Sains Palsu

Ya, kebelakangan ni kerap betul tersebar terutama di media sosial seperti di Facebook perkongsian yang memaparkan ilmu sains yang palsu dan tidak benar.

Disebabkan itu, para admin Ini Sains Beb telah menaikkan posting dan berkongsi artikel yang berkait rapat dengan amalan pseudoscience ni. kelebihan penyampaian yang santai dan sempoi memainkan peranan bagi memajukan lagi gerakan ini.

Mitos dan dakwaan palsu mengenai ejadian seharian juga mereka banteras dengan memberikan penjelasan daripada sudut aspek saintifik bagi menjadikan masyarakat tidak mempercayai sesuatu dengan terburu-buru.

Admin Yang Terlebih Mesra Dan Tak Lokek Ilmu

Anda mempunyai sesuatu yang ingin ditanyakan mengenai bidang sains? Jangan takut untuk menghubungi mereka di page Facebook kerana para admin di sana sangat ramah dan ‘mesra pelanggan’.

BACA JUGA :   WAJIB TAHU! Cara Menguruskan Data Orang Yang Telah Mati
Antara admin dan penulis yang mengendalikan portal Ini Sains Beb! (Sumber gambar: Facebook)

Setiap komen yang berbentuk pertanyaan akan dijawab dengan tertib dan sopan. Jadi, para pembaca tidak takut untuk bermesra dengan para admin page ini.

Ada pertanyaan tentang sesuatu mengenai sains? Cari saja Ini Sains Beb! di Facebook.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here