Thailand bukan negara asing buat rakyat Malaysia. Keindahan pulau jelas menarik orang ramai untuk melancong ke sana. Tambahan, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dapat dilakukan di kota.

Keaslian resepi makanan Thailand juga menarik minat pelancong untuk ke sana. Tidak hairan jika ramai rakyat Malaysia melancong ke negara jiran ini. Namun begitu, terdapat beberapa kes yang jelas menimbulkan tanda tanya buat rakyat Malaysia. Isu kehilangan passport warga Malaysia di Thaniland meningkat saban tahun.

Apabila melancong ke luar negara, pelbagai faktor perlu di ambil kira. Hal ini termasuklah isu keselamatan individu sendiri. Perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Sebagai rakyat Malaysia, sudah terdapat banyak kes pasport hilang dilaporkan di Thailand.

Sumber Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, mendapati sebanyak 3.3 juta rakyat Malaysia melancong ke sana. Ini menjadikan rakyat Malaysia kedua tertinggi melancong di Thailand selepas pelancong China.

BACA JUGA :   JABATAN IMIGRESEN “PERKETATKAN” PERTAHANAN MALAYSIA.
Pasar minggu Chantuchak jelas besar dan pelancong di minta berhati-hati ketika melancong. Sumbr foto: tripsavvy.my

Setakat 2017, sebanyak 124 pasport telah dilaporkan hilang di kawasan popular Thailand. Termasuk pada awal Januari sehingga September, sebanyak 87 pasport dilaporkan hilang pada tahun ini.

Kebanyakannya pasport rakyat Malaysia hilang di kawasan tumpuan pelancong. Pratunam, sebuah kawasan membeli-belah terbuka buat orang awam terletak di tengah kota Bangkok. Menurut laporan, kehilangan pasport rakyat Malaysia sering berlaku di pasar minggu Chantuchak.

Pelancong seharusnya berwaspada terhadapa barang milik mereka. Kecuaian dan kecurian antara faktor utama kehilangan pasport. Apabila individu terlalu leka mahupun rambang mata ketika membeli-belah, inilah masa yang sesuai digunakan oleh pencuri.

Kehilangan pasport Malaysia juga merupakan peluang besar bagi sindeket mahupun individu menggunakan data peribadi mangsa. Rakyat Malaysia juga perlulah beranggapan bahawa pasport sebagai “permata” semasa melancong ke luar negara.

BACA JUGA :   Selamatkan Diri Anda Dari Macau Scammer- PDRM
Passport Malaysia antar yang mendapat perhatian sindiket. Sumber foto: pamper.my

Pasport Malaysia merupakan antara pasport yang tidak memerlukan visa jika ingin melancong ke negara yang lain. Maka, tidak hairanlah jika passport Malaysia antara yang dikehendaki oleh sindiket jenayah kerana “kelebihan” itu.

Menurut sumber daripada Bernama, The Henley Passport Index mengiktiraf pasport Malaysia sebagai antara paling berkuasa di dunia kerana pemiliknya dibenarkan memasuki 166 negara tanpa memerlukan visa.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here