Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini dalam perancangan dalam merangka skim perlindungan sosial yang baharu buat kaum hawa khususnya suri rumah. Namun begitu, pihak PERKESO masih lagi memberi perlindungan sosial kepada pekerja yang berisiko terdedah kepada bahaya.

Petubuhan Kebajikan Sosial merupakan sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Selain daripada itu, pertubuhan ini juga menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka.

Golonagn suri rumah juga berkemungkinan terdedah kepada risiko kecederaan serius. Sumber : Radio Antarabangsa China

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 ialah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta.

Menurut sumber daripada Berita Harian, Ketua Eksekutif, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata, pihaknya dijadualkan melaksanakan skim berkenaan secara berperingkat bagi menambah faedah seperti diperoleh oleh golongan pekerja lain.

BACA JUGA :   WAJIB TAHU! Cara Menguruskan Data Orang Yang Telah Mati

Katanya, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) diperkenalkan tahun lalu bertujuan melindungi pekerja yang bekerja sendiri bermula dengan pemandu teksi atau seumpamanya.

Sumber: PERKESO

Tidak dapat dinafikan, walau dimana kita berada, perlindungan tetap menjadi keutamaan walaupun tinggal di rumah. Suri rumah khususnya, sangat terdedah kepada kepada kecelakaan yang tidak sengaja walau di rumah.

Skim yang dalam perancangan ini sebenarnya sangat membantu dalam melindungi dan memberi hak kepada individu di Malaysia khususnya buat suri rumah. Berikut sedikit penerangan dari PERKESO mengenai skim yang diperkenal oleh PERKESO serta faedah yang akan diterima buat pemegang.

Individu yang bekerja sendiri juga bakal diberikan kemudahan dalam PERKESO. Sumber: moneyweb

Terdapat dua skim dibawah PERKESO, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Skim Bencana Pekerjaan ialah untuk kecederaan sementara yang menyebabkan pekerja tidak dapat bekerja untuk tempoh kurang dari 4 hari. Rawatan akan diberikan sehingga pekerja pulih sepenuhnya.

BACA JUGA :   WAJIB TAHU! Cara Menguruskan Data Orang Yang Telah Mati

 

Antara faedah dibawah Skim Bencana Pekerjaan ialah:

 

#1. Faedah Perubatan

#2. Faedah Hilang Upaya Sementara

#3. Faedah Hilang Upaya Kekal

#4. Elaun Layanan Sentiasa

#5. Faedah Orang Tanggungan

#6. Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional

#7. Program ‘Return To Work’

#8. Faedah Pengurusan Mayat

#9. Faedah Pendidikan

Untuk Skim Keilatan, ia ditafsirkan sebagai “suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin diubati, dan kehilangan sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan berbanding pada individu normal, menyebabkan pekerja tidak boleh bekerja dan kehilangan sumber pendapatan.”

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here