Negara telah dikejutkan dengan kejadian pesawat milik Indonesia terhempas setelah 30 minit berlepas dari lapangan terbang. Pesawat Lion Air yang terhempas di Tanjung Karawang, Jawa Barat membawa 189 penumpang dewasa termasuk kanak-kanak dan dua bayi. Pesawat  JT610 sepatutnya dijangka tiba di Lapangan Terbang Pangkal Pinang, Indonesia namun terputus hubungan pada jam 6:33 pagi waktu tempatan.

Pesawat terhempat di perairan Tanjung Kerawang.Terdapat juga tumpahan minyak pesawat yang terdapat berhampiran kawasan sekitar. Sumber foto: Anak Kapal

Menurut sumber Astro Awani, pesawat terhempas dengan kedalaman 30 hingga 35 meter kedalaman dari paras laut perairan. Susulan itu, usaha pencarian masih dilakukan dalam tempoh 24 jam. Turut dibantu, 30 penyelamat maritim dan Badan Nasional Pencarian dan Penyelamat (BASARNAS). Setakat 29 Oktober 2018, sejumlah enam mayat telah dijumpai dan di bawa ke Tanjung Priuk bagi mengenalpasti identiti mangsa.

Antara barang mangsa yang berjaya ditemui. Sumber foto: WorldNews

Tambahan lagi, presiden Lion Air, Edward Sirait telah membuat kenyataan bahawa tiada masalah teknikal yang terdapat pada Boeing 737 MAX ketika berlepas. Mengikut Standard Operation Procedure (SOP), pesawat tidak dibenarkan berlepas kerana mengambil kira faktor keselamatan. Edward Sirait bercadang menghentikan operasi pesawat Boeing 737 MAX yang lain sementara waktu.

Juruterbang warganegara India antara yang terkorban. Sumber foto: Tribunnews

Susulan itu, kedudukan kotak hitam juga sudah dikenalpasti namun masih dalam mencari bentuk fizikal itu. BASARNAS berkata, usaha pencarian tidak akan dihentikan sehingga kesemua mangsa telah dijumpai. Turut terkoban, Juruterbang Lion Air JT610, Bhavye Suneja. Warganegara India dan berkhidmat bersama Lion Air selama tujuh tahun dan lapan bulan.

Kejadian menimpa Lion Air JT610 telah memberi iktibar buat warga tempatan serta mendapat perhatian dari luar negara. Faktor keselamatan merupakan isu penting apabila melibatkan nyawa penumpang. Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here