Kredit – Berita Harian.

Kerajaan Pakatan Harapan melalui Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua hari ini memberitahu bahawa kerajaan tidak akan membatalkan projek kerja bawah tanah bagi Transit Aliran Massa 2 (MRT2).

Menurut satu kenyataan yang telah dikeluarkan olehTony Pua, beliau telah menghantar surat terbuka kepada MMC Gamuda yang telah tular di media sosial hari ini yang mengatakan bahawa kerajaan tidak akan membatalkan projek MRT 2 itu tetapi sebaliknya kerjaan merancang untuk mengurangkan kos operasi projek MRT 2 itu dan akan memberi semula kontrak kepada pihak kontraktor.

“Kepada seramai 20,000 pekerja, seperti yang didakwa MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MMC Gamuda) akan kehilangan pekerjaan mereka akibat penamatan kontrak, biar saya tekankan bahawa kerajaan bukannya membatalkan projek tersebut.”

“Anda akan menemukan banyak lagi peluang apabila projek baharu dijalankan pada kos yang lebih rendah, manakala penjimatan yang diperoleh bermakna lebih banyak projek akan dijalankan pada masa akan datang,” kata beliau melalui surat terbuka yang telah dihantar kepada MMC Gamuda.

BACA JUGA :   Harga Rumah Akan Jadi Murah Selepas Pelaksanaan SST?

Rundingan pengurangan harga bagi projek MRT 2 itu telah pun dilaksanakan sejak Mei yang lalu. Langkah yang diambil oleh kerajaan itu difahamkan dapat menjimatkan RM5.22 bilion atau 23 peratus daripada kos kerja atas tanah untuk projek MRT 2 itu.

Menurut sumber dari Berita Harian, setakat 6.28 petang semalam sebanyak  14,450 tanda tangan telah berjaya dikumpulkan daripada 15,000 tanda tangan yang harus dicapai bagi menyokong petisyen berkenaan projek MRT 2 iaitu ‘Selamatkan 20,000 pekerja – teruskan projek MRT 2 seperti dahulu.’ Petisyen itu turut menggunakan ‘hashtag’ #prayforMRT2 dan #save20kjobs telah di mulakan oleh Joyce Raj.

Tujuan utama petisyen tersebut ialah bagi mengesa kerajaan PH supaya membuka semula tender pembinaan MRT 2 itu kerana pembatalan projek mega itu akan turut membabitkan sejumlah 20,000 pekerjaan yang akan hilang sumber pendapatan mereka akibat pembatalan.

Menurut Joyce Raj, rangkaian MRT telah memberikan perkhidmatan kepada kawasan yang sukar untuk dicapai sebelum ini dengan adanya pengangkutan awam MRT ini. Pembatalan ini akan menjadi sebuah kekecewaan buat penduduk di ibu kota yang menggunakan MRT sebagai pengangkutan harian mereka.

BACA JUGA :   Tun M Umum Gaji Menteri Dipotong 10% Demi Jimatkan Perbelanjaan Negara

Beliau turut berkata bahawa negara berpotensi untuk kehilangan pendapatan dan pelabur akan terus meningkat akibat pembatalan projek MRT 2.

“Projek MRT telah meletakkan Malaysia sebagai peneraju pembinaan terowong, ia dilaksanakan sepenuhnya oleh entiti tempatan, MMC Gamuda. Ia membuktikan bahawa Malaysia mempunyai kemampuan melalui program bina negaranya seperti Akademi Latihan Terowong, Program Jurutera Muda, Akademi BIM dan sebagainya,” katanya.

MRT 2 bakal menghubungkan Putrajaya ke Sungai Buloh yang pada awalnya bernilai RM28 bilion namun bajet pembinaan MRT 2 itu telah meningkat kepada RM56.93 bilion.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here