Lidah Buaya atau yang biasa disebut Aloe vera (Latin: Aloe barbadensis Milleer) merupakan sejenis tanaman berduri yang berasal dari daerah kering di benua Afrika. Tamanan Lidah Buaya ini telah dikenal dan digunakan sejak ribuan tahun yang lalu kerana khasiat dan manfaatnya yang luar biasa.

Fakta sejarah yang ada menyebutkan bahawa Bangsa Mesir kuno telah mengetahui manfaat lidah buaya sebagai tanaman kesehatan sejak tahun 1500 SM.

Penjagaan harian secara rapi jelas memerlukan komitmen yang tinggi. Sudah ramai yang tahu kegunaan lidah buaya sangat membantu kulit dan juga bahagian badan yang lain.  Hari ini, kita akan berkongsi mengenai kebaikan pokok lidah buaya. Jangan lupa amalkan selalu.

 

#1. SEMBUHKAN LUKA

Liday buaya mempunyai zat anti-flamasi yang berfungsi untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan. Lidah buaya juga terdiri daripada anti-bakteria. Lagi susah untuk jatuh sakit jika amalkan cara ini. Hanya ambil sedikit gel lidah buaya dan sapukan rata di permukaan kulit.

BACA JUGA :   Tanda-Tanda Anda Kesunyian. No 2 Pasti Ramai Kan Yang Kesunyian.

Tempoh untuk semua boleh mengambil kurang dari sembilan hari jika digunakan secara konsisten. Cara penggunaanya sangat mudah. Ambil gel lidah buaya dan sapukan pada permukaan luka.

 

#2. MELEMBABKAN KULIT

Kulit kering boleh di atasi dengan aloe vera. Sumber foto: Sinar FM

Menurut sumber The Indian Journal of Dermathology, liday buaya kaya dengan vitamin A, C dan E. Ia juga mengandungi mineral dan anti-oksida. Fungi kedua-duanya adalah untuk melembabkan permukaan kulit.

Sebab itu, terdapat banyak produk di farmasi menjual losyen yang mengandungi lidah buaya. Kalau ingin lagi mudah dan jimat, beli lidah buaya dan buat sendiri di rumah.

Caranya, buang kulit dan duri lidah buaya dan ambil isinya. Kisarkan lidah buaya bersama sedikit air dan letakkan di dalam bekas yang bersih. Gunakan dua kali sehari untuk hasil yang memuaskan.

 

#3. MENGATASI MASALAH JERAWAT

Rawat jerawat dengan lidah buaya. Sumber foto: maria khamzah

Sebut sahaja jerawat sudah menjadi masalah besar terutamanya kaum wanita. Pelbagai produk digunakan tapi langsung tiada perubahan. Lidah buaya ialah jalan terakhir selesaikan masalah ini. Lidah buaya berfungi sebagai mineral aktif. Ia juga mampu kecutkan jerawat jika diamalkan secara konsisten.

BACA JUGA :   Kelebihan belajar di luar negara

Hanya ambil gel lidah buaya dan sapu pada permukaan yang berjerawat. Lakukan rutin ini dalam 10 ke 15 minit sekerap yang mungkin.

#4. RAWAT RAMBUT BERMASALAH

Amalkan penggunaan lidah buaya secara praktikal untuk hasil yang memuaskan. Sumber foto: tips perawatan kecantikan.

Bagi rambut yang kusut, rambut gugur dan kelemumur sangat beri tekanan pada sesiapa sahaja. Jika pengunaan syampu yang berlebihan mampu merosakkan kulit. Mari cuba lidah buaya pula. Ambil gel lidah buaya dan ratakan pada bahagian rambut dan biarkan semalaman. Ulang tiga kali seminggu dan lihatlah perubahan yang ketara.

Terdapat banyak lagi kebaikan lidah buaya yang sangat membantu. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan. Lidah buaya sangat berkhasiat dan memberi kebaikan kepada badan. Amalkan petua di atas dan secara langsung dan nantikan hasil yang memuaskan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here