Seorang gadis berasal dari Palestin iaitu Ahed Tamimi yang dibebaskan setelah dipenjarakan selama lapan bulan oleh pihak berkuasa rejim Zionis Israel akibat memukul seorang tentera Israel telah mencipta sejarah apabila menjadi penghias muka depan bagi majalah jenama terkenal Vogue Arabia bagi edisi bulan ini.

Surat terbuka aktivis tersebut yang menceritakan tentang kisah penangkapannya serta kisah ketika berada di dalam penjara selama lapan bulan dan mengenai perjuangan Ahed Tamimi ย sebagai simbol perlawanan telah diterbitkan oleh majalah Vogue.

Beliau menceritakan tentang bagaimana keadaan ketika berada dalam penjara Israel yang sangat sukar serta turut menghalang remaja wanita di sana untuk melakukan kumpulan belajar.

Ahed Tamimi memberitahu melalui surat yang dihantar kepada majalah Vogue bahawa hanya keluarga yang terdekat sahaja dibenarkan untuk melawat dan terhad selama 45 minit sahaja yang dihalang oleh penghalang kaca setiap dua bulan.

“Saya seorang kanak-kanak pendudukan Israel. Ia sentiasa ada di sana. Ingatan pertama saya adalah penangkapan bapa saya pada tahun 2004 dan melawatnya di penjara.”

“Pada masa itu, saya berumur tiga tahun; dia telah ditahan sejak dua kali lagi. Pada tahun lalu, ketika saya berumur 16 tahun, saya juga ditangkap semasa serangan malam, kerana menampar seorang askar yang berdiri di halaman kami. Saya dijatuhkan hukuman lapan bulan di penjara Israel.โ€

“Sejak saya dibebaskan pada 29 Julai lalu, saya telah menjadi jurucakap Palestin. Ia bukan tanggungjawab yang mudah. Orang ramai sering bertanya dari mana saya dapat kekuatan untuk menentang penindasan Israel. Pengalaman berdepan situasi itu menjadikan saya kuat.โ€

“Ramai yang mengkritik, tetapi kenapa tidak kecam tentera yang menunjukkan ‘kuasa’ mereka di hadapan budak. Di bawah kepungan Israel, segalanya jenayah. Masyarakat sepatutnya tidak menuding jari menyalahkan kami kerana sekatan haram ke atas wilayah kami adalah tindakan yang salah,” katanya dalam artikel yang diterbitkan melalui surat terbukanya kepada majalah itu.

Menurut artikel tersebut, Ahed Tamimi memberitahu mengenai nasib 300 kanak-kanak yang berada di dalam penjara di mana kisah dan nasib mereka dia siapa pun yang tahu.

BACA JUGA :   RAKYAT PALESTIN MAUT DITEMBAK TENTERA ZIONIS

Aktivis ini menyimpan impian untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang bagi memperjuangkan nasib Palestin di peringkat dunia agar pada masa depan beliau dapat tampil dengan dan melalukan โ€˜advokasi peringkat tinggi untuk Palestin dan bercakap di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Den Haag.โ€

Ahed Tamimi telah terlibat dengan protes dan konfrontasi bersama tentera rejim sejak beliau kanak-kanak lagi.

Majalah edisi muka depan Ahmed Tamimi ini juga boleh didapati menerusi Vogue Arabia online.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layariย Deenamik.comย dan like FB Pageย Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here