Badan kerajaan, FELCRA berhasrat untuk menjual sebuah menara miliknya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Projek menara FELCRA yang dah hampir separuh siap itu sedang dirundingkan untuk dijual kepada pihak yang berminat.

Khabarnya, langkah ini terpaksa dibuat selepas berlakunya perubahan pada kontrak asal bersama pemaju yang membina bangunan itu. Projek itu dibuat di atas sebidang tanah berkeluasan 1.8 hektar dan bernilai RM 150 juta.

Gambaran projek menara FELCRA yang dijangka siap akhir tehun depan. (Sumber gambar: Semarak Properties)

Menara itu menempatkan ruang pejabat setinggi 35 tingkat, menara kediaman setinggi 43 tingkat dan juga sebuah pusat membeli-belah.

Tukar Pemaju

Setelah bertukar pemaju, FELCRA terpaksa membelanjakan hampir RM400 juta sekiranya ingin meneruskan projek ini yang dijangka akan siap akhir tahun depan. Sebelum ini, pemaju yang menanggung kos pembinaan dengan balasan ruang pejabat diberikan kepada mereka.

BACA JUGA :   Tempat cantik tapi tak ramai pelancong datang ?

Kos pembinaan yang ditanggung oleh pemaju akan diperoleh semual selepas mereka menyewakan ruang pejabat dalam bangunan tersebut. Keputusan untuk menjual projek ini dibuat setelah FELCRA terpaksa membelanjakan hampir RM200 juta bagi perlaksanaan projek ini.

Pengerusi FELCRA, Datuk Naqeeb Wahab (Sumber gambar: The Star)

Menurut pengerusi FELCRA sendiri, Datuk Naqeeb Wahab, rundingan sedang dibuat dengan beberapa pihak yang berminat untuk membeli bangunan tersebut. Beliau mencari pihak yang sudi membayar RM 150 juta dan lebih bagi nilai projek itu.

Tak Ada Dana Lagi Daripada Kerajaan

Penjualan projek menara FELCRA yang separuh siap ini kerana ekkurangan dana yang sepatutnya boleh digunakan untuk menampung kos yang wujud. Ini kerana kerajaan tidak lgi memberikan dana kepada FELCRA.

BACA JUGA :   6 KERJAYA YANG MENGUNTUNGKAN UNTUK LEPASAN GRADUAN

“Apa yang lebih penting sekarang untuk pastikan aliran tunai yang sihat kerana kerajaan tidak lagi membiayai kita hari ini.

“Kita perlu menguruskan semuanya sendiri untuk menjimatkan perbelanjaan termasuk menutup, menjual atau menggabungkan mana-mana anak syarikat yang tidak memberi keuntungan, ” katanya.

Antara perancangan FELCRA untuk menambah pendapatan adalah membina perumahan mampu milik di luar bandar. (Gambar hiasan. Sumber: Astro Awani)

Bagi mengekalkan lagi aliran kewangan FELCRA, mereka turut merancang beberapa buah projek lagi di masa hadapan supaya keadaan kewangan mereka kekal stabil.

Antara projek yang di dalam perancangan adalah perumahan mampu milik di luar bandar, perusahaan baja, stok yang boleh menjamin pendapatan mereka kelak.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi yang menarik dari dalam dan luar negara, sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here