Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Pulau Pinang telah “berjaya” membuka mata banyak pihak terutamanya pihak pengusaha dan kontraktor. Kejadian tanah runtuh itu telah mengorbankan sembilan (9) nyawa dan misi pencarian masih lagi dijalankan. Kejadian ini telah berlaku pada 1: 56 PM waktu tempatan di mana. Kontena juga tertimbus yang juga merupakan rumah pekerja.

Kejadian tanah runtuh telah meragut sembilan nayawa pekerja. Sumber foto: Berita Harian

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye, berkata jika aspek keselamatan dilaksanakan, kejadian terbaru itu tidak mungkin berulang. Pihak yang bertanggungjawab sepatutnya mengambil kira aspek keselamatan dahulu. Beliau juga turut mengulas bahawa insiden ini boleh dijadikan iktibar buat semua pihak. Khususnya pemaju, dapatkan nasihat pakar dari pakar geologi, tanah dan sebagainya.

Pihak bertanggungjawab seharusnya memainkan peranan penting dalam pembinaan bangunan. Sumber foto: Berita Harian.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MUTC) di Pulau Pinang turut membantah tindakan sesetengah pihak pemaju yang melakukan kerja pembangunan di sekitar lereng bukit. Jabatan Keselematan dan kesihatan seharusnya mengambil tindakan ke atas segelintir pemaju yang masih “berdegil”. Pembinaan bangunan di lereng bukit ini sebalinya telah meragut nyawa dan memberi ancaman keselamatan kepada pekerja.

Pemaju seharusnya mengambil kira soal keselamatan pekerja terlebih dahulu. Keuntungan sementara juga tidak dapat digantikan dengan kehilangan nyawa pekerja yang tidak bersalah.

Semoga kejadia tanah runtuh ini dapat memberi iktibar kepada semua pihak.Bagi anda yang ingin bercuti bersama keluarga, rancanglah percutian anda dengan baik.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi menarik, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here