Anda pasti pernah mengimpikan apabila bangun daripada tidur lena, anda sedang berada di sebuah kampung yang sangat menenangkan pagi anda dengan udara yang nyaman, sejuk daripada angin semula jadi yang meniup, bunyi burung-burung serta padi yang menghijau berbanding bangun dengan keadaan kelam kabut untuk ke kerja, kesesakan lalu lintas dan bunyi kenderaan di pagi hari yang mengganggu mood anda bukan?

Letih dengan rutin harian anda? Anda pasti memerlukan percutian yang tenang seperti di kampung. Kami telah membantu anda dengan menyenaraikan tempat-tempat percutian ala-ala kampung yang pasti akan menjadi pilihan anda untuk bercuti pada hujung minggu nanti. Jadi masa untuk mengemas kini Instagram anda dengan gambar-gambar percutian di tempat yang kami senaraikan ini!

#1. HOMESTAY KAMPUNG TOK LEMBUT, LANGKAWI

Homestay Kampung Tok Lembut ini terletak 20 minit berhampiran dengan Pantai Cenang yang menawarkan kepada anda percutian kampung sebenar dengan rekaan homestay yang diperbuat daripada kayu dan bercirikan rumah orang Melayu yang sangat cantik!

Homestay ini turut menyediakan kolam renang di hadapan bilik anda. Lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan termasuklah akses Wi-Fi di setiap bilik, tempat letak kereta percuma, air-cond, dapur, ruang makan dan peti ais untuk keselesaan anda apabila menginap di homestay ini. Terdapat juga beberapa tempat yang berdekatan untuk anda lawati selain daripada Pantai Cenang iaitu Muzium Padi, Underwater World Langkawi.

ALAMAT : Simpang 3 Temoyong, Kampung Padang Putih, Jalan Pantai Tengah, 07000 Pulau Langkawi, Kedah.

BACA JUGA :   Keenakan Hidangan Di Bangladesh

NO.TELEFON : 012-335 3872

WEBSITE : https://www.facebook.com/pages/category/Lodge/Homestay-Kampung-Tok-Lembut-180255655877253/

#2. HAPPY 8 RETREAT x KAMPUNG HOUSE, IPOH

Rumah kampung yang sedia untuk anda menginap ini diberikan sedikit sentuhan moden yang tidak ketara supaya elemen kampung itu tidak ditenggelamkan.

Tempat penginapan yang cantik dan sesuai jika anda bercuti dalam bilangan orang yang ramai kerana Happy 8 Retreat Kampung House ini sangat besar dan luas ruangnya. Ianya juga diperbuat daripada ciri-ciri rumah kampung orang-orang Melayu yang bertiang tinggi di mana di bawah rumah terdapat ruang untuk anda dan seisi keluarga untuk menikmati permandangan sekeliling. Happy 8 Retreat x Kampung House ini mempunyai dua tingkat.

Turut disediakan pelbagai kemudahan seperti dapur, gas untuk memasak, peralatan memask, air-cond, laman, ruang makan, tempat meletakkan kereta percuma, Wi-Fi dan banyak lagi.

ALAMAT : 54, Jalan Haji Mohd Noordin, Kampung Melayu, Sungai Rapat, 31350 Ipoh, Perak.

  1. TELEFON : 05-243 8388

WEBSITES :  https://www.thehappy8.com.my/

#3. LIMASAN PADI, LANGKAWI

Vila ini mempunyai permandangan yang dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau. Mempunyai tujuh vila keseluruhannya yang dilengkapi dengan empat kolam renang yang berlatar belakangkan sawah padi yang memukau cantiknya.

Dua bilik yang terdapat di Limasan Padi turut mempunyai tab jakuzi persendirian di dalam bilik dan diberikan sentuhan tradisional-Asia yang sangat sesuai untuk anda merehatkan minda di vila persendirian ini.

Setiap vila disertakan dengan pelbagai kemudahan asas yang akan memudahkan anda ketiga berada di sana.

ALAMAT : Kampung Paya Mempelam, 07000 Langkawi, Kedah.

BACA JUGA :   Makanan yang wajib ada cuba jika di Mesir !

NO.TELEFON : 012-673 3388

WEBSITE : https://www.facebook.com/pages/Limasan-Padi/120229948606083

 

#4. ALAMANDA HILLTOP VILLA, LANGKAWI

Villa ini bersesuain jika anda bercuti dalam kumpulan yang kecil iaitu seramai 4 orang atau berdua bersama pasangan anda. Kami jamin anda pasti akan terpukau akan kecantikan vila ini yang terletak di kawasan tersorok dengan permandangan semula jadi yang sangat cantik sekali.

Alamanda Hilltop Villa mempunyai 5 buah vila dan sebuah kolam renang untuk kegunaan bersama. Terdapat beberapa jenis vila yang berlainan yang dibina tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kampung seperti apa yang anda inginkan termasuklah ciri-ciri rumah Minang.

Ianya terletak di tengah-tengah kawasan bersejarah Makam Mahsuri dengan Pantai Cenang, semenanjung Tanjung Rhu dan Bandar Kuah yang hanya 15 minit perjalanannya.

ALAMAT : Lot 2150, Jalan Makam Mahsuri, 07000 Langkawi, Kedah.

NO.TELEFON : +46 73 622 3895

WEBSITE : https://www.alamandavillaslangkawi.com/

 

#5. DAMAI’S RUSTIC STUDIO, LANGKAWI

Rustic Studio merupakan kepunyaan Teratak Damai yang diberikan konsep desa dan vintaj yang anda tidak pernah ketemui di mana-mana tempat. Terdapat banyak elemen kemelayuan yang dipaprkan dalam setiap biliknya termasuklah wau dan baju kebaya yang digantung di dinding serta elemen warna yang dicat menaikkan lagi kecantikan ruang dalam setiap bilik. Sangat sesuai untuk ‘Insta- worthy’ diluar sana!

Studio ini dilengkapi dengan laman peribadi dan juga mempunyai beranda supaya anda dapat menghabiskan masa berjam-jam menikmati keindahan alam semula jadi.

ALAMAT : No. 81 A, Lot 605, Kampung Gelam, 07100 Langkawi, Kedah.

WEBSITE  : https://www.facebook.com/pages/Teratak-Damai-Langkawi/100752503381054

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here