Di sebalik kesibukan kota Bandung, anda masih boleh terokai keindahan alam semulajadi di Indonesia. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati pengunjung. Buat pengetahuan anda, kawasan menarik ini berada berdekatan dengan pusat pengajian bagi pelajar di sana.

#1. DANAU TOBA, MEDAN

Merupakan danau terbesar di Indonesia. Sumber foto: pinemo.com

Danau ini merupakan danau yang terbesar di Indonesia. Buat pengetahuan, terdapat juga Gunung Toba yang di tengah danau itu. Bagi pelajar yang menuntut di Universiti Sumatera Utara, kawasan ini pastinya lokasi yang strategik untuk ke sana. Danau Toba ini juga antara tarikan utama di sana dan berjaya menarik pelancong dari Singapura, Korea, Malaysia dan Jepun.

Universiti Sumatera merupakan destinasi pelajar antarabangsa termasuk dari Malaysia. Di Daulah Educonsult, terdapat juga bidang yang ditawarkan antaranya  perubatan, pergigian dan farmasi. Tempoh pengajian di sana adalah lima tahun setengah  kecuali bidang farmasi iaitu empat (4) tahun. Daulah Educonsult juga sentiasa mengalukan kemasukan pelajar yang ingin belajar di Indonesia.

#2.  SUROBOYO CARNIVAL PARK

Sumber foto: reservasi.park

Bagaimana jika anda ke pasar malam tapi masih dapat ke pergi ke karnival pada masa yang sama? Di Suroboyo Carnival Park. Anda akan dapat kedua-duanya. Karnival ini sangat sesuai bagi semua peringkat umur. Karnival ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Antara universiti  paling dekat di sana ialah Universiti Airlangga.

BACA JUGA :   Tawaran Pengajian Di Bangladesh Masih Dibuka Bagi Sesi Januari 2021.

Universiti ini antara “Top 5” yang terdapat di Indonesia. Bagi pelajar Malaysia, universiti ini bukan lagi kedengaran asing. Bagi pelajar yang berminat menyambung pengajian di sana, Daulah Educonsult turut menyediakan kemasukan pelajar dari segi perubatan, pergigian, veterinar serta farmasi.

#3. D’JUNGLE PRIVATE CAMP – PUNCAK, BOGOR

Kawasan pergunungan yang menarik untuk dilawati. Sumber foto: anekatempatwisata

Bagi anda yang sukakan kehijauan hutan,D’ Jungle Private Camp adalah destinasi yang sesuai. Bagi pelajar yang menuntut di Bongor Agriculture Institute, jarak perjalanan yang di ambil tidak sampai 1 jam 30 minit. Mahasiswa yang menuntut di institut ini boleh terokai keindahan alam jika menyambung pengajian di Bongor Agriculture Institute.

#4. RIAU FANTASI

Sumber foto: bangmamadi.com

Riau fantasi merupakan taman tema air yang terbesar di Sumatera. Bagi mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di sana seperti contoh Universiti Islam Negeri Suska, lokasi Riau Fantasi sangat dekat dan mengambil masa kurang sejam untuk ke sana. Mahasiswa yang ingin belajar di sana, boleh jadikan Riau Fantasi sebagai tempat untuk menghilangkan tekanan.

BACA JUGA :   PAKAIAN TRADISI MASYARAKAT DI INDONESIA

#5. MASJID BAITURRAHMAN

Sumber foto: melancongbandaacheh

Masjid ini menjadi mercu tanda Banda Acheh. Masihkah anda ingat lagi tsunami 2004 yang menelan hampir semua Banda Acheh. Bencana alam itu juga telah memberi keinsafan buat penduduk di sana. Bagi mahasiswa yang menuntut di Universiti Islam Negeri (UIN) Ar- Raniry, lokasi masjid ini sangat dekat dengan pusat pengajian anda. Jarak perjalanan juga kurang daripada 30 minit.

Bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian ke sana, boleh hubungi DaulaH Educonsult bagi sebarang konsultasi.

MENGAPA HARUS PILIH DAULAH EDUCONSULT?

Ketahui lebih lanjut dengan melayari Daulah Educonsult. Sumber foto: Daulah Educonsult

Di Daulah Educonsult juga menyediakan pelbagai tawaran kemasukan Universiti di sekitar Indonesia. Adik-adik kini tidak perlu lagi risau. Di Daulah Educonsult, mereka juga menyediakan peluang pendidikan yang lebih luas di luar negara. Di sini, kos pengajian yang disediakan juga sangat memadai. Bagi pelajar ingin ketahui lebih lanjut boleh ikuti laman Facebook Daulah Educonsult.

Berminat? Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/z3FNon) dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here