Bagi peminat tegar produk automobile keluaran Proton boleh jadi rambang mata kerana pihak Proton telah mangadakan promosi sekali lagi. Proton telah mengecualikan SST pada bulan Oktober ini ke atas kesemua kereta Proton.

Syarikat memutuskan untuk melanjutkan pengecualian cukai tersebut bagi semua kereta dalam tempoh sebulan lagi. Sebelum ini, pihak Proton juga telah mengadakan promosi buat pelanggan mereka dan menunjukkan hasil yang memuaskan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa. Sumber: Wikipedia

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata, selain melanjutkan tempoh penyerapan cukai SST, Proton turut menawarkan tambahan promosi iaitu rebat untuk model terpilih.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana memperkenalkan SST kerana ia menurunkan harga bagi semua kereta Proton. Syarikat telah memutuskan untuk melanjutkan tawaran harga tanpa SST untuk tempoh sebulan lagi kerana kami ingin menawarkan penjimatan kepada semua pelanggan.

BACA JUGA :   Bandar Rusia Yang Pernah Disembunyikan Dari Peta
Antara model baru keluaran Proton,X70. Sumber: byprotncars.com

“Di samping itu, kami juga mahu menarik pembeli berpotensi dengan tawaran rebat sehingga RM3,000 untuk model terpilih. Pada akhirnya, matlamat kami adalah mengekalkan tahap jualan yang konsisten di mana kami akan menambah Proton X70 ke rangkaian kami pada penghujung 2018,” katanya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, pada 7 September lalu, Proton telah mengadakan sesi pratonton untuk bahagian luaran dan dalaman Proton X70 yang baharu kepada para media di Malaysia.

Inilah masanya bagi rakyat Malaysia untuk menikmati promosi yang diadakan Proton. Promosi yang diadakan bagai durian runtuh buat netizen yang ingin memiliki produk kereta keluaran Proton.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here