Dalam menuju wawasan 2020, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Tidak kira sama ada rumah teres, kondominium dan rumah kos rendah sekalipun. Perkara ini telah menjadi “isu panas” dan kegusaran buat pengurus projek perumahan. Menteri Perumahan, Yang Berhormat (YB) Zuraida mengambil inisiatif mencari jalan penyelesaian.

Lambakan rumah yang tidak terjual memberi kegusaran kepada pihak pemaju. Sumber foto: Sinar Harian

Terbaru menerusi laporan Astro Awani, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merekodkan rumah-rumah yang tidak terjual di seluruh negara bernilai RM22.5 bilion. Menterinya, YB Zuraida Kamaruddin berkata, 73 peratus daripada rumah yang tidak terjual itu merupakan kategori rumah mampu milik yang bernilai RM250,000 dan ke bawah.

Isu rumah tidak terjual antara isu yang perlu iselesaikan segera oleh Menteri Perumahan. Sumber foto: liputan6.com

Tindakan lanjut telah dibuat oleh kerajaan. Pihak kerajaan kini dalam proses kata sepakat bersama Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA). Sebelum ini, pihak pemaju pernah mengadakan pameran atau ekspo dari tahun 1998 hingga 1999. Ini bertujuan untuk menjual rumah-rumah yang tidak terjual. Perkara ini telah terjadi sekali lagi dan jelas menimbulkan kegusaran buat pemaju.

BACA JUGA :   Ini Jumlah Pendapatan Yang Anda Perlukan Untuk Beli Rumah Pada Zaman Sekarang

Rumah tidak terjual kini berada di dalam anggaran rumah beharga RM250,000 dan ke bawah. Menteri Perumahan kini dalam perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Bank Negara Malaysia untuk menyediakan skim. Ini bertujuan memberi kelonggaran kelulusan pinjaman perumahan. Melalui ini, rakyat Malaysia mampu memiliki rumah mampu milik dengan syarat yang mungkin akan dilonggarkan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here