Tinggal hanya seminggu sahaja lagi sebelum sesi persekolah bagi tahun 2018 ini melabuhkan tirainya dan kami pasti ramai ibu bapa di luar sana masih pening memikirkan ke manakah anda ingin bawa anak-anak untuk bersiar-siar makan angin dan ada juga yang pening memikirkan bagaimana ingin membawa anak-anak untuk makan angin dek kerana cuti yang sudah kehabisan bukan?

Anda tidak perlu risau atau pening-peningkan kepala lagi kerana tidak semestinya anda sudah kehabisan cuti untuk membawa anak-anak bersiar-siar luar dari Kuala Lumpur bermakna anda tidak ada pilihan bukan? Terdapat banyak pilihan tempat menarik yang anda boleh bawa anak-anak anda di bandaraya Kuala Lumpur ini. Tidak perlu ambil cuti pergi sahaja semasa cuti hari minggu anda nanti.

Kami senaraikan kepada anda tempat-tempat menarik yang anda boleh bawa anak-anak di sekitar Kuala Lumpur ini dan pastinya akan menyeronokkan bukan sahaja anak-anak anda bahkan anda juga akan turut dapat berhibur bersama seisi keluarga ketika berkunjung ke tempat-tempat aktiviti yang kami sediakan ini!

#1. MALAYSIA NATIONAL ICE SKATING STADIUM (MYNISS), EMPIRE DAMANSARA.

Malaysia National Ice Skating Stadium atau juga dikenali sebagai MYNISS yang terletak di bersebelahan dengan kompleks membeli belah Empire Damansara ini merupakan gelanggang ice skating Olimpik pertama di Malaysia yang berukuran 30m X 60m yang pernah digunakan semasa sukan musim sejuk pertama di Sukan Asia Tenggara 2017 lalu dan telah dibuka kepada orang ramai untuk merasai pengalaman meluncur ais taraf dunia.

Gelanggang luncur ais ini turut disediakan kemudahan percuma buat pengunjung yang boleh digunakan seperti pancuran mandian, kemudahan sewa loker, sarung tangan dan stocking.

MYNISS turut menyediakan khidmat mempelajari cara untuk meluncur ais secara peribadi, separuh persendirian (terdiri daripada 2-3 pelajar) dan juga secara berkumpulan (4-10 orang pelajar).

Anda boleh merasai sendiri pengalaman meluncur air yang direka mengikut saiz sebenar pertandingan Olympic ini yang mampu diduduki seramai 600 orang dan mempunyai ruang berdiri sehingga 5,000 penonton dengan harga bermula

HARGA :

RM20 pada setiap Isnin-Jumaat.

RM25 pada Sabtu dan Ahad.

RM30 pada cuti umum / cuti persekolahan.

WAKTU OPERASI :

11:00am – 8:00pm

 ALAMAT & NO.TELEFON :

No. 8 Jalan Damansara, Empire City, PJU 8, Petaling Jaya, Malaysia.

     (017-350 6173)

 LAMAN WEB : https://www.facebook.com/MYNISS.EmpireCity/

 

#2. SUPERPARK, AVENUE K.

Bakal dibuka tepat pada musim cuti percutian nanti dan pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi taman permainan indoor pertama di Malaysia yang direka khas bagi seisi keluarga ini yang bakal dibuka pada bulan Disember nanti di Avenue K!

Taman permainan tertutup ini merupakan sebuah idea yang didatangkan khas oleh pengasasnya yang berasal dari Finland yang kini jenama SuperPark ini sudah memiliki 18 cawangan lain di seluruh negara termasuklah Hong Kong dan Singapore.

Taman ini bakal mempunyai tiga kawasan bertema yang akan menawarkan 20 jenis aktiviti sihat yang menyeronokkan untuk anda seisi keluarga nikmati bersama tanpa mengira had umur dan tahap fizikal anda yang terdiri daripada ‘Adventure Area, Game Arena dan Freestyle Hall.’

Apa yang lebih mengujakan tentang taman permainan tertutup di dalam kompleks membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur ini, ia akan turut menyediakan gelanggang luncur ais yang berukuran 2,500 kaki persegi yang dikatakan sangat eksklusif di Malaysia!

BACA JUGA :   Bubble Tea Steambot? Ya, Dapatkannya di Pulau Pinang!

Ia diperbuat daripada 100% ais sintetik yang boleh dikitar semula, buatan dan bukan toksik. Sangat mesra alam bukan? Anda jangan terkejut kerana tidak akan tergelincir apabila berjalan di atasnya kerana ianya tidak mempunyai air di atas ais sintetik itu. Ia berbeza daripada gelanggan ais sebenar.

HARGA :

BERMULA RM30 HINGGA RM70.

 

WAKTU OPERASI :

ISNIN – JUMAAT ( 10am – 9pm)

SABTU, AHAD, CUTI UMUM DAN CUTI PERSEKOLAHAN (9am – 9pm)

ALAMAT & NO.TELEFON :

Unit 4-1, Level 4, Avenue K Shopping Mall, 156, 50450, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

LAMAN WEB : https://www.superpark.com.my/

 

 #3. PARTY ROOM, PETALING JAYA.

Party Room merupakan tempat yang direka khas bagi membawa kegembiraan kepada mereka yang sentiasa sibuk dengan kerja di pejabat sehingga tiada masa untuk berseronok dan mengeluarkan peluh dalam masa yang sama.

Party Room terletak di sebuah kompleks membeli belah iaitu Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya yang menawarkan pelbagai jenis permainan interktif yang menyeronokkan buat anda, keluarga dan rakan-rakan untuk berseronok di taman permainan dewasa ini. Dilengkapi dengan kemudahan seperti 120-inch skrin & projektor, sistem lampu & audio-Visual yang sesuai untuk pelbagai acara yang anda ingin adakan.

Party Room mempunyai empat tema termasuk zon Kanak-kanak, zon Sukan, Zon teka-teki dan Zon Leisure yang semuanya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, permainan dan aksesori.

Anda seisi keluarga pasti akan tertarik dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan di sini kerana aktiviti yang disediakan memenuhi setiap peringkat umur dan antara aktiviti permainan yang paling terkenal di Party Room ialah seperti ‘Whack-A-Mole, Rainy Bike, Blow Soccer, Giant Jenga’ dan banyak lagi pilihan aktiviti permainan yang diperbesarkan saiznya!

Sangat sesuai pada masanya kerana Party Room sedang menyediakan promosi bagi harga kemasukan ke bilik yang menyeronokkan ini dengan hanya RM25 sejam dan RM40 bagi dua jam yang dikhaskan  buat pelajar!

HARGA :


WAKTU OPERASI :

10:30am – 12:00am

 ALAMAT & NO.TELEFON :

T22, T23 & T23A, 3rd Floor, Atria Shopping Gallery Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 P.Jaya

    (03-7732 0736)

 LAMAN WEB : https://partyroom.com.my/

 

 #4. HERO CENTRAL PARK, DAMANSARA

Anda pernah menonton filem ‘Ready Player One’ yang pernah ditayangkan pada tahun lepas? Anda pasti mind-blowing dengan jalan cerita tersebut yang berasaskan permainan VR bukan? Anda ingin menjadi seperti watak Parzival yang berjaya menyelamatkan dunia dengan hanya permainan VR yang dimainnya? Kini anda juga boleh menjadi penyelamat dan merasai sendiri pengalaman seperti itu!

Hero Central Park yang terletak berhampiran dengan Empire Damansara ini merupakan sebuah pusat permainan berasaskan VR yang terbesar di Malaysia yang menyediakan pelbagai jenis tema permainan VR yang tiada had umurnya! Hero Central Park ini menyatukan elemen-elemen seperti teknologi, hiburan dan pendidikan pada masa masa yang sama di bawah satu bumbung.

Merangkumi lebih daripada 100 tunggangan, tarikan, persembahan secara langsung dan watak-watak secara langsung. Hero Central ini akan terbahagi kepada 5 jenis ‘Hero Zones’ iaitu Hero Power, Hero Challenge, Hero Rides, Hero Kids dan Hero Education yang didedikasikan kepada pelbagai peringkat umur kanak-kanak hinggalah dewassa yang sesuai untuk menghabiskan masa bersama.

BACA JUGA :   TEROKAI KEUNIKAN DI INDONESIA SAMBIL BELAJAR!

Bagi anda yang meminati oppa-oppa dan unnie-unnie dari Korea Selatan, Hero Central Park turut menyediakan sebuah pengalaman untuk anda bertemu artis kegemaran anda melalui VR! Ia akan menghasilkan tarikan hiburan yang menampilkan bintang-bintang pop Korea menggunakan teknologi media baru, hologram dan pemetaan 3D-projection dengan kandungan pop dari Psy, BigBang, 2NE1, G-Dragon, Park Mi-Kyung, Rainbow, Clon dan AOA.

Hero Central akan membawakan anda pengalaman permainan VR terhebat kerana tempat permainan ini telah direka bentuk oleh pereka-pereka yang telah memenangi anugerah , penggunaan teknologi garis terbaik, pasukan pengurusan kelas dunia dan banyak lagi rakan kongsi nama besar bagi menghasilkan pengalaman VR terbaik yang ada di dunia ini.

Difahamkan taman tema VR ini akan mula dibuka pada Q4 2018 (suku tahun 2018, Okt-Dis nanti)

HARGA : 

ALAMAT & NO.TELEFON :

L1-Z4 & L1A-Z4, Level 1 & Level 1A, Empire City, No. 8, Jalan Damansara PJU8, 47820 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

(03 6201 0069)

 LAMAN WEB : http://www.herocentralpark.com/

 

 #5. JURASSICA, MID VALLEY

Kami pasti anak-anak pasti ada yang meminati binatang zaman purba ini bukan? Anda sedang mencari tempat yang sesuai untuk mempertemukan dua mata anak anda dengan haiwan gergasi dinosaur ini? Kami cadangkan anda untuk membawa anak-anak melawat Jurassica yang terletak di Mid Valley ini!

Kami jamin anak-anak pasti akan teruja dan melompat gembira dengan tempat cadangan kami ini kerana di Jurassica kerana apabila anak-anak masuk sahaja ke dalam Jurassica ini, mereka akan dilantik sebagai ‘kadet bumi’ yang akan dibekalkan dengan gelang, jaket dan obor elektronik untuk penggambaran mereka untuk meneroka dunia dinosaur yang menyeronokkan itu!

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan untuk anak-anak ialah seperti  lumba lari bersama dinosaur, memanjat dinding, zipline, mencari fosil, mereka juga boleh menghidupkan dinosaur yang diwarnakan melalui skrin yang akan mengimbas lukisan tersebut serta banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang disediakan.

Semasa melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan, kadet bumi ini juga akan mengumpul mata yang terdapat pada gelang tangan yang dibekalkan dan mata yang dikumpulkan akan dikira dan akan diberikan hadiah kepada kadet bumi itu berdasarkan mata yang telah dikumpul.

 Selain daripada aktiviti-aktiviti berkaitan dinosaur, Jurassica turut menyediakan zon haiwan reptilia hidup Lungfish Afrika, penyu mata-mata, naga saillfin, katak mossy Vietnam, ular susu, gecko harimau dan naga berjanggut. Mereka turut mempunyai sesi memberi makan, ceramah reptilia dan penampilan haiwan pada masa tertentu pada hari itu.

HARGA :

SABTU DAN AHAD : RM58 (MYKAD)

                              : RM68 (TANPA MYKAD)

ISNIN – JUMAAT : RM48 / RM58

 

 WAKTU OPERASI :

ISNIN – KHAMIS : 11am – 7pm

JUMAAT – AHAD : 10am – 8pm

 

ALAMAT & NO.TELEFON :

T216C, 3rd Floor Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, K.Lumpur.

 (03-2210 3736)

 LAMAN WEB : https://jurassica.com.my/

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here