Jika anda merupakan peminat filem-filem Hollywood pastinya anda sudah mengetahui apa agaknya filem genre ‘rom-com’ yang terbaik 2018 yang telah menjadi sebutan semua orang di seluruh dunia bukan?

Apa lagi kalau bukan filem romantik komedi lakonan pelakon lelaki baru Noah Centineo yang telah berjaya mencairkan hati ribuan penonton yang menonton filem lakonannya itu yang bertajuk ‘To All the Boys I’ve Loved Before.’

Pilihan untuk mengedarkan filem yang diadaptasikan daripada novel karya Jenny Han ini merupakan strategi yang berjaya oleh Netflix apabila filem To All the Boys I’ve Loved Before ini telah mencetuskan fenomenanya tersendiri sebaik sahaja ianya ditayangkan di aplikasi penstriman filem itu kerana rata-rata penonton dan juga pengikut karya penulis itu sangat berpuas hati dengan filem terbitan Paramount Awesomeness itu, daripada jalan ceritanya sehinggalah pilihan barisan pelakonnya.

Jika anda juga antara ribuan peminat yang sangat ‘menggilai’ filem romantik komedi ini pasti anda akan teruja dengan apa yang kami akan katakan ini kerana Netflix dan Paramount dikatakan dalam perbincangan untuk menerbitkan sambungan atau sekuel bagi filem ini!

BACA JUGA :   Dua 'Tycoon' Malaysia Ini Kembali Bersaing Sengit Dalam Bisnes Penyiaran TV.

Walaupun pada awalnya wakil kepada Netflix tidak mengesahkan tentang sekuel bagi filem kedua ini dan berkata ianya hanya berada di peringkat perbincangan, teka-teki bagi persoalan itu terjawab apabila pengarah To All the Boys I’ve Loved Before, Susan Johnson telah memuat naik sebuah post di Instagram miliknya semalam mengesahkan bahawa sekuel kedua ini sedang dalam proses pengambaran!

Kami pasti ramai yang tidak sabar-sabar lagi untuk melihat gandingan serasi antara Lana Condor dan pastinya Noah Centineo sekali lagi bukan?

To All the Boys I’ve Loved Before mengesahkan tentang seorang gadis sekolah menengah bernama Lara Jean yang sering menulis surat cinta rahsia kepada ‘5 crushnya’ tetapi tidak pernah sekali pun menghantar surat-surat itu kepada mereka tetapi pada satu hari kesemua surat itu secara tiba-tiba telah diterima oleh 5 orang lelaki yang pernah Lara Jean sukakan dan keadaan menjadi tidak tentu arah selepas seorang demi seorang lelaki yang menerima surat itu mencarinya.

BACA JUGA :   DISNEY+ AKAN MENJADI PERSAING HEBAT NETFLIX PADA 2019

To All the Boys I’ve Loved Before merupakan filem yang telah berjaya memecah rekod Netflix apabila menjadi filem yang mendapat jumlah tontonan yang paling banyak serta jumlah tontonan berulang kali yang tertinggi di aplikasi itu.

Bukan sahaja mencatat jumlah tontonan yang tinggi yang di Netflix, fenomena filem ini turut melonjakkan penjualan minuman kultur yogurt ‘Yakult’ di Amerika kesan daripada filem ini yang memaparkan sebuah adegan Noah Centineo meminum minuman itu yang digelarkan ‘Korean yogurt drink’ menerusi filem itu.

Jenny Han turut menghasilkan dua lagi buah novel bagi sambungan To All the Boys I’ve Loved Before iaitu ‘P.S. I Still Love You’ dan ‘Always and Forever, Lara Jean.’ Adakah bakal ada dua lagi sambungan buat filem ini?

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here