Anda selalu ke pawagam tapi masih tiada cerita yang menarik? Inginkan pelakon kesayangan anda berlakon tapi tiada. Cuba lihat senarai filem yang akan datang, mungkin pelakon kesayangan anda turut anda, di sini terdapat beberapa senarai filem yang akan ditayangkan di pawagam yang berada berdekatan dengan anda.

#1.  THE GRINCH

Filem ini bakal menemui penonton di wayang seawal 6 November 2018. Filem ini mengisahkan seorang makhluk bewarna hijau yang tidak menyukai perayaan Krismas. Oleh itu, “The Grinch” ini akan melakukan pelbagai cara bagi menghapuskan perayaan Krismas.

Oleh itu, makhluk hijau yang dtemani oleh anjing kesayangannya merancang untuk mencuri kesemua hadiah penduduk tempatan. Menarik bukan? Temui The Grinch di pawagam berdekatan anda dan ketahui pengakhiran cerita ini.

#2. BUMBLEBEE         

Bagi peminat filem Transformers, pasti anda sudah cukup kenal dengan watak Bumblebee. Filem kali ini akan mengisahkan pengembaraan Bumblebee bersama Charlie Watson yang dibawa oleh Hailee Steinfeld. Filem ini akan menemui penonton pada 20 Disember tahun ini.

#3. RALPH BREAKS THE INTERNET

Pernah menonton filem Wreks It-Ralph? Jika anda sudah menonton, anda akan dapat melihat kesinambungan cerita ini. Ralph dan juga rakan baiknya Venellope yang dilakonkan oleh Sarah Silverman, kini mengambara ke dunia internet.

Saksikan pengembaraan mereka di pawagam berdekatan anda pada 25 November tahun ini. Bawa sekali anak-anak anda bagi meneruskan pengembaraan bersama Ralph dan Venellope.

#4. SPIDER-MAN: INTO THE SPIDER-VERSE

Mengisahkan seorang kanak-kanak Amerika yang mengembara ke alam labah-labah. Filem ini telah diarahkan oleh Bob Perschetti, Peter Ramsey dan Rodney Rothman. Filem ini bakal menemui penonton pada 14 December 2018.

#5. MORTAL ENGINES

Selepas tercetus kemusnahan peradaban di dunia, seorang remaja wanita bertindak untuk merubah segalanya dan menyelamatkan rumahnya, London. Hera Hilmar membawa water utama di dalam filem ini sebagai Hester Shaw. Terdapat juga raksaksa berasaskan jentera yang bakal memusnahkan bandar mereka. Saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda bermula 13 December 2018.

Anda ingin meniaga tapi tidak tahu mana ingin mula. Perkenalkan Kelas Bisnes. Kelas Bisnes merupakan syarikat bumiputera dalam usaha membantu individu mengembangkan perniagaan mereka. Ingin ketahui lebih lanjut, daftar segera di sini kerana tempat adalah terhad.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here