Pernah dengar tentang Go-Jek? Siapa yang pernah memasuki Indonesia mesti tahu tentang kewujudan aplikasi e-hailing versi motosikal ni. Mudah, cepat, murah; sebab tu Go-jek ni menjadi antara pilihan utama penduduk Indonesia.

Go-Jek ni bukan sebarangan syarikat tau! Ia merupakan antara syarikat start up yang telah mencapai banyak kejayaan pada tahun 2017 hingga tahun ni. Turut tersenarai sebagai  Fortune’s 50 Companies That Changed the World tahun 2017 sebaris dengan jenama besar lain seperti Apple, Microsoft, dan Unilever.

Perkhidmatan Go-Jek merupakan antara perkhidmatan yang sudah sebati dengan warga Indonesia kini. (Sumber gambar: Selular ID)

 

Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2010 ini yang hanya bermula dengan 20 orang penunggang ojek (teksi motosikal) yang kemudiannya mempunyai lebih 1 juta penunggang ojek di seluruh Indonesia.

Masuk Pasaran Singapura.

Baru-baru ini, Go-Jek Indonesia khabarnya akan memasuki pasaran Singapura selepas menguasai pasaran Indonesia. Kehadiran pesaing baharu ini akan memberikan nefas berbeza dalam industry e-hailing di Singapura dan Asia Tenggara.

Antara muka aplikasi Go-Jek. (Sumber gambar: APK Tools)

 

Aplikasi Go-Jek versi beta akan boleh diakses oleh sekumpulan pengguna terhad sebelum ia akan dikembangkan lagi bagi kegunaan di seluruh Singapura seiring dengan perkembangan ujian pertama bagi penggunaan perkhidmatan tersebut.

Kemasukan Go-Jek Memang Dinantikan.

Kalau di Malaysia sendiri, perkhidmatan Grabcar pun ada masalahnya yang tersendiri seperti kereta yang lambat sampai dan request yang selalu ditolak, di Grabcar di Singapura pun menimbulkan masalah kepada pengguna di negara tersebut.

BACA JUGA :   Safer Food Merchant Bantu Perluaskan Perniagaan.

Masalah seperti harga yang terlampau mahal, kereta lambat, dan penangguhan yang terlalu banyak. Masalah-maslah sebegini menjadikan kehadiran Go-Jek ke Singapura amat ditunggu-tunggu kerana ada yang sudah jemu dengan masalah yang berulang-ulang.

Orang Singapra sendiri tak sabar dengan kemasukan Go-Jek ke Singapura. (Sumber gambar: Tech In Asia)

Untuk orang Singapura sendiri, tak terlalu lambat sangat kalau ada satu lagi e-hailing masuk pasaran Singapura” Benjamin Robert, warga Singapura yang kecewa dengan khidmat Grabcar.

Layanan Terbaik, Untuk Pengguna dan Pemandu

Nadiem Makarim, CEO Go-Jek Indonesia sudah mengesahkan kemasukan Go-Jek ke Singapura tanpa memberikan sebarang tarikh yang rasmi.

“Dah tiba masanya untuk seimbangkan pasaran yang ada, dengan polisi yang lebih mesra pengguna yang penunggang dengan sedikit persaingan

Nadiem Makarim, CEO Go-Jek Indonesia. (Sumber gambar: Bloomberg)

“Tapi, ia akan jadi satu persaingan yang sihat. Akhir sekali, apa faktor yang akan menentukan hasilnya bukanlah harga tapi bagaimana pemandu kita dilayan.”

Go-Jek Akan Memasuki Pasaran Malaysia?

Dengan kemasukan Go-Jek ke Singapura, tak mustahil ia juga boleh memasuki pasaran Malaysia. Malaysia adalah satu pasaran besar yang boleh ditembusi kerana bilangan pengguna yang ramai.

BACA JUGA :   8 Destinasi Yang Wajib Anda Lawati Ketika Bercuti Di Jogjakarta, Indonesia

Bayangkan, daripada tersangkut dalam kesesakan tapi itu boleh dielakkan dengan menyewa khidmat penunggang motosikal seperti Grab. Lebih cepat, mudah, dan semestinya murah. Rakyat Malaysia cukup suka dengan benda murah!

Tapi, ada benda lain yang harus diambil kira seperti faktor keselamatan. Go-Jek menggunakan motosikal sebagai kenderaan utamanya. Kadar kemalangan yang melibatkan motosikal adalah yang tertinggi di Malaysia.

Jadi, anda masih mahu mencuba perkhidmatan ni seandainya satu hari nanti Go-Jek masuk pasaran Malaysia? Faktor cuaca di Malaysia yang hujannya tak boleh dijangka juga boleh memburukkan khidmat seperti ni.

 

Apa yang pasti, keselamatan adalah perkara yang paing diutamakan. Murah? Ya, memang murah tetapi kalau sampai nak perjudikan nyawa sendiri? Perkhidmatan Grabcar yang sedia ada adalah yang terbaik.

Ramai yang dah berpuas hati dengan produk ni! Anda bila lagi?

Ini adalah sebab mengapa anda harus menyimpan sebotol Marjane Oil Di rumah anda:

  • Harga yang murah dan berbaloi sangat-sangat!
  • Boleh digunakan di seluruh badan
  • Kaya dengan antioksidan. Mana yang tak nak kelihatan tua tu bolehlah cuba Marjane Oil ni!
  • Sesuai untuk semua golongan! Lelaki, perempuan, kanak-kanak, orang tua? Semua boleh guna

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here