Isu perletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kini sudah terjawab. Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim telahpun meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan. Berikutan perletakan jawatan itu, Hasnul telah dipanggil semula bagi menyandang semula jawatan. Jawatankuasa Eksekutif Pafa sendiri turut membuat permintaan agar Hasnul Zulkarnain “kembali”.

Sumber foto: Cari Info.net

Hasnul Zulkainain telah membut keputusan mengenai perletakan jawatan ini pada 8 November lalu. Beliau diberi masa selama 14 hari bagi mempertimbangkan mengenai keputusan yang telah dinyatakan. Beliau merupakan ahli Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong yakin bahawa jawatan Presiden Pafa ini akan disandang oleh ahli baharu yang lebih layak.’

Sebelum ini, beliau melepaskan jawatan selepas mengambil kira nasihat dari Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu. Ahmad Faizal turut mengulas tidak mahu memanjangkan isu ini apabila bekas Presiden Pafa ini menyalahgunakan cara pengendalian Piala Malaysia yang dimenangi oleh Perak seleps “kemarau” hampir 18 tahun.

BACA JUGA :   Penyakit Kulit Menyerang Lembu Dan Kerbau Di Perak.
Penyokong mempersoalkan kredibiliti Hasnul Zulkarnai sebagai Presiden Pafa. Sumber foto: Suara Perak

Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim tetap dengan pendirian untuk meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) selepas menolak permintaan Jawatankuasa Eksekutif Pafa meminta beliau mempertimbangkan semula keputusannya. Beliau telah menyadang jawatan ini selama lima bulan selepas menang tanpa bertanding bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Pada 13 November lalu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Eksekutif Pafa yang dipengerusikan Naib Presiden 1 Pafa, Muhammad Yadzan Mohammad sebulat suara menolak permohonan perletakan jawatan Hasnul Zulkarnain sebagai presiden badan induk itu. Namun begitu, keputusan muktamad telah diambil bagi mengambil kira pembangunan bola sepak di Perak agar dapat diuruskan dengan baik tanpa isu-isu negatif.

BACA JUGA :   Bawa Perniagaan Makanan Anda Di Platform Atas Talian

Tiap-tiap hari buat kerja yang sama sahaja? Ingin cuba sesuatu yang baharu?Apa kata kali ini meniaga santan pula. 

Serlahkan minat usahawan anda bersama Kelas Bisnes. Sumber foto: Kelas Bisnes

Jom sertai Kelas Bisnes dan ketahui teknik yang berkesan untuk memperkenalkan perniagaan santan. Berminat tapi bagaimana ingin mula? tekan sahaja link di SINI dan kami akan terus hubungi anda.

Inilah masanya untuk menambah pendapatan anda! Bagi sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi Tuan Syed di talian 013-209 0322.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here