Bercuti pada hujung tahun adalah impian setiap insan. Lari dari kesibukan kerja, hiruk-pikuk jalan yang sesak terutamanya di bandar. Bercuti bersama keluarga mahupun bersama pasangan adalah suatu pengalaman yang sangat beharga. Di sini kami akan senaraikan tempat #wajib kunjung jika anda ke Paris.

#1. EIFFEL TOWER

Sumber foto: Traveller.com.au

Mercu tanda Paris sudah semestinya Eiffel Tower. Disamping kesibukan penduduk tempatan yang membanjiri tempat ini, pelancong dilarang pulang tanpa mengambil gambar di sini antara memori indah yang boleh dikongsi bersama yang tersayang. Eiffel Tower merupakan menara besi yang berketinggian 300 meter dan di bina di Cham de Mars.

#2. CATHÉDRALE NOTRE DAME DE PARIS

Sumber foto: Office de tourisme Paris

Merupakan salah satu bangunan yang berseni tinggalan sejarah, para pelancong pastinya tidak mahu melepaskan peluang ini. Bangunan ini menggabungkan seni bina tingkap yang berbentuk ros serta ukiran bunga yang lain. Bercirikan juga konsep gothic, ini adalah tempat kesusasteraan klasik oleh Victor Hugo. Tiada bayaran yang dikenakan buat para pengujungkan.

BACA JUGA :   Merancang Untuk Melancong Atau Sambung Belajar Di Indonesia? Ketahui Hidden Treasure Indonesia – Sumatera Utara!

#3. THE LOUVRE

Sumber foto:Klook

Tempat ini antara tempat yang “hots” kerana telah menerima banyak kunjungan pelancong dari serata dunia. Bangunan yang hanya dilengkapi dengan kaca dan para pelancong boleh lihat sendiri keadaan dalam bangunan seperti lukisan Mona Lisa dan Dying Slave karya Michlangelo.

Bagi yang ingin masuk, terdapat sebuah pintu kecil yang juga dibuat daripada kaca. Bagunan ini berbentuk segitiga seperti pyramid.

#4. PARC DES BUTTES-CHAUMONT

Sumber foto:Culture Trip

Bagi anda yang ingin menerokai keindahan alam semula jadi, wajib kunjung ke Parc des Buttes-Chaumont. Di sini juga terdapat cerun yang sangat tinggi dan dijadikan sebagai salah satu lokasi pelancongan.

Taman ini merupakan turut dihiasi oleh landskap air terjun hasil Baron Haussmann. Sangat berbaloi jika ingin ke sini kerana di puncak bukit, pelancong dapat menikmati keindahan kota Paris.

BACA JUGA :   Solusi Hilangkan Kedutan Di Pakaian Tanpa Seterika

#5. DISNEYLAND PARIS

Taman imaginasi, segalanya bermula di Disneyland Paris. Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak kecil, jangan lepaskan peluang berkunjun ke sini dan rasai pengalaman seperti di dalam watak kegemaran anda.

Sumber foto: Jones International

Bagi ibu bapa yang ingin ke sini, boleh menempah tiket terlebih dahulu mahupun layari laman rasmi Dineyland Paris di sini bagi sebarang pakej atau maklumat lanjut.

Banyak lagi tempat menarik yang boleh anda lakukan semasa berada di Paris. Pelancong yang ingin membeli belah juga boleh berkunjung ke Gallery La Fayatte, Champs-Elysees, La Vallee Outlet dan banyak lagi.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here