Pengusaha kosmetik, Dato’ Aliff Syukri SEKALI LAGI mencetuskan kejutan melalui tindakannya yang dikatakan agak keterlaluan dan tidak sensitif langsung dengan peribadi seseorang ketika sedang “live“.

Haih! Apa lagi yang dibuat Alliff Syukri kali ni?

Syarikat beliau, D’Herbs telah menaja sebuah rancangan realiti nyanyian Gegar Vaganza telah membuat kemunculan ketika rancangan itu sedang bersiaran langsung untuk membuat pemasaran bagi salah satu produknya. Nah, di sinilah bermulanya drama tak sensitif ni!

“Muka Macam Bomoh…”

Apa yang mengejutkan, ketika membuat segmen bersama produknya itu, beliau menghampiri salah seorang penonton dan menyapukan produknya kepada penonton tersebut!

Sebelum itu, beliau menggelarkan penonton tersebut dengan “muka macam bomoh” dan kemudiannya menyapu produk bedak asas keluaran D’Herbs.

Dato’ Fazley Tegur Kat instagram

Tidak lama selepas itu, salah seorang penyanyi dan chef selebriti terkenal, Dato’ Fazley Yaakob menerusinya Tweetnya di Twitter dan juga di laman  Instagramnya menegur perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang tidak patut kerana dilihat seperti tidak sensitif dan menghina seseorang.

BACA JUGA :   Nikmati Perjalanan Lancar Ke Destinasi Pilihan Anda Bersama Safer Ride

“Banyak lagi cara untuk menjual jenama, bukan menggunakan perkataan berbaur racist terhadap warna kulit seseorang, melabelkan wajah seseorang sebagai kurang sempurna, apatah lagi meletakkan foundation dengan tangan untuk ‘mencantikkan’ seseorang di sebuah program yang begitu ramai pengikutnya”

Rata-rata, yang menonton rancangan pada malam tersebut turut terkejut dengan perbuatan Dato’ Aliff Syukri yang melakukan “body shaming” pada seorang penonton ketika rancangan tersebut bersiaran langsung yang ditonton jutaan penonton.

Teguran Dato’ Fazley di laman Instagramnya.

Beliau juga menegur para netizen yang dilihat hanya terima sahaja tanpa mempersoalkan malah turut sama ketawa seolah-olah mneyokong saja perbuatan Aliff Syukri kepada penonton tersebut.

“”Memalukan juga buat penonton yang turut sama ketawa lucu melihatnya. Haih.. apa nak jadi dengan orang kita ya?”

Ini bukan kali pertama kontroversi yang berpunca oleh Aliff Syukri. Tak cukup dengan perbuatannya yang suka bermegah dengan kekayaan beliau, maah turut secara senyap menyokong golongan mak nyah dengan bergandingan menghasilkan lagu bersama Siti Sajat Kamaruzaman (Malaysia) dan Lu Cinta Luna (Indonesia).

BACA JUGA :   iKurnia: "Sekolahkan" Masyarakat Dan Polis Tentang Autisme

Jadi, perlukah anda mengelakkan orang sebegini di media sosial? Sudah semestinya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here