Siapa sangka dengan sedikit modal, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan dalam hanya tempoh beberapa bulan sahaja. Anda ingin menjadi usahawan yang berjaya? Memegang sejumlah penghargaan dan mendapat pengiktirafan? Kami ada jawapannya!
Di sini, kami akan menceritakan serba sedikit bagai mana ingin memulakan perniagaan santan sendiri!
#1. ADA PRODUK TAPI TIDAK TAHUN INGIN MULA?
Perkara ini sering kali terjadi apabila anda mempunyai bahan utama tapi tidak berani untuk melangkah lebih jauh bukan?
Santan merupakan bahan utama dalam masakan, khususnya dalam masyarakat Melayu. Jadi, ini merupakan peluang yang bijak untuk anda menjalankan perniagaan santan segar secara besar-besaran.
Bersama Kelas Bisnes, kami akan memberikan tunjur ajar serta bimbingan untuk anda dari mula pembuatan santan sehinggalah ke proses terakhir. Selain daripada memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada anda mengenai teknik pengurusan santan yang betul, bengkel ini juga akan menunjukkan kepada anda jenis peralatan yang di guna pakai ketika operasi, barangan IT serta bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan ini.
#2. CARA MENGAWAL BISNES YANG BAGUS!
Tiada ragu lagi, santan amat diperlukan dalam pelbagai kegunaan bukan sahaja dalam bidang masakan!
Sebagai pengeluar yang terbaik, anda pastinya mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan anda bukan? Di Kelas Bisnes kami akan mengajar anda Standard of Operation (SOP) yang betul untuk menjalankan perniagaan yang akan menguntungkan ini.
Antara SOP yang akan diajarkan kepada anda ialah bagaimana untuk mengawal pengeluaran santan secara berlebihan yang boleh mengakibatkan anda kerugian akibat santan basi dan rosak. Melalui Kelas Bisnes, kami akan mengajar anda bagaimana cara pembuatan serta pengeluaran santan yang betul dan begitu juga dengan cara penyimpanan santan untuk mengelakkannya rosak bagi mengelakkan kerugian kepada perniagaan anda.
#3. BERURUSAN DENGAN PELANGGAN
Pelangganlah yang akan menentukan sama ada perniagaan anda berjaya atau gagal. Ianya bukan hanya terletak pada keuntungan semata-mata kerana tanpa pelanggan anda pasti tidak akan mendapat keuntungan yang diimpikan. Oleh itu ianya amat penting untuk anda mengetahui dan mempelajari tentang cara untuk berurusan dengan pelanggan anda nanti kerana pelangganlah prospek penting perniagaan anda.
Jika anda memulakan santan sebagai produk jualan utama anda, perkara pertama yang anda harus ketahui ialah kepada siapa sasaran produk anda untuk dipasarkan. Permintaan santan pada skala yang besar merupakan objektif utama anda sebagai pengusaha santan bagi mendapatkan keuntungan. Kelas Bisnes juga akan mengajar anda bagaimana caranya bagi memastikan pelanggan ‘wajib’ membeli santan jenama anda.
Jika berpeluang, anda juga boleh melakukan kolaborasi dengan perniagaan yang besar seperti Aeon Big, Tesco, Speedmart 99 dan sebagainya.
#4. BAGAIMANA INGIN MENDAPAT UNTUNG DENGAN CEPAT?
Jika betul cara dan taktik yang anda gunakan untuk menjalankan perniagaan maka cepatlah untung yang anda akan perolehi!
Anda pasti tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mendapatkan pulangan yang mengutungkan selepas mengeluarkan modal dengan cepar dan berkesan bukan? Mudah sahaja caranya dengan mengikuti bengkel Kelas Bisnes ini anda diberikan gambaran menyeluruh tentang teknik pemasaran yang berkesan dan boleh diguna pakai.
Di Kelas Bisnes, kami juga akan mengajar anda kaedah meletakkan harga jualan yang akan memberikan untung kepada anda dan dalam masa yang sama tidak akan membebankan pembeli, teknik untuk mengira keuntungan serta cara untuk merekod sistem jualan dan pegeluaran harian.
JOM SERTAI PERNIGAAN SANTAN DENGAN KAMI!
Anda berminat tapi tiada produk? Jangan risau! Kami akan sediakan semuanya untuk anda.
Perkara penting yang anda harus miliki ialah kesungguhan untuk memulakan perniagaan santan bersama Kelas Bisnes kami. Percayalah, berkat kersungguhan anda pasti akan memberikan pulangan yang lumayan buat anda di masa hadapan!
Jadi tunggu apa lagi? Mari mulakan legasi perniagaan santan anda bersama kami!
Ingin ketahui lebih lanjut, hubungi Tuan Syed Fuad Bin Syed Othman di talian 013- 209 0322. Ingin lebih mudah, daftar sahaja dengan kami di SINI. Melalui pendaftaran ini, anda telah selangkah ke arah perniagaan santan yang berjaya!
Hi sy berminat nak mulakan perniagan santan ini..tp saya tdk mempunyai pengalaman ..ade x sesiapa blh ajarkan saya cara2 proses santan ini..tq
boleh hubungi encik wan : http://www.wasap.my/60122205592
Assalamualaikum ,
Anak saya tidak bekerja sekarang dan berminat untuk membuka perniagaan santan . Macam mne yer nk belajar dari mula .
boleh hubungi encik wan : http://www.wasap.my/60122205592
bagaimana saya nak ikuti kela
boleh hubungi encik wan : http://www.wasap.my/60122205592
assalammualaikum
saya ima, saya amat berminat dengan perniagaan santan ini.
boelh saya dapatkan maklumat lanjut.
boleh hubungi encik wan : http://www.wasap.my/60122205592