santan kelapaSantan kelapa memang sinonim dalam masakan hari ini. Namun, tahukah anda bahawa santan daripada minyak kelapa sawit kini mendapat tempat di hati pengemar masakan berasaskan santan.  Santan sawit digemari bukan sahaja dari segi rasa, dan rupa, malahan mempunyai pelbagai khasiat, termasuk kandungan lemak tepu yang rendah dan lebih tahan lama.

Loading...

santan kelapa

Berbeza dengan santan kelapa, walaupun rasanya sedap dan digunakan dalam pelbagai masakan sama ada lauk pauk atau kuih, terutamanya dalam makanan tradisional. Namun mempunyai tahap asid lemak yang tinggi dan boleh menjejaskan kesihatan jika diambil dalam kadar berlebihan serta boleh menyebabkan kegemukan.

Inovasi ini diilhamkan oleh sekumpulan penyelidik dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Kumpulan tersebut menjalankan penyelidikan sejak pertengahan tahun lalu dan berjaya menghasilkan santan cecair daripada minyak kelapa sawit yang diambil daripada mesokarp (sabut) yang dikenali sebagai minyak sawit RBD ( ditapis, diluntur dan dinyahbau).

BACA JUGA :   Bosan Dengan Buku Teks Konservatif, Pelajar Ini Cipta Sebuah Aplikasi Buku Teks Digital

santan kelapa

Ketua Penyelidik, Bahagian Pemakanan MPOB, Dr. Zaida Zainal berkata, kejayaan menghasilkan santan sawit mampu mengubah corak kehidupan masyarakat yang sering menggunakan santan kelapa dalam masakan. Sekali gus boleh menjejaskan kesihatan.

santan kelapa

Lebih menarik lagi, kos untuk penghasilan santan sawit lebih murah berbanding santan kelapa kerana minyak sawit mudah didapati. Dari segi penyimpanan, santan sawit mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding santan kelapa. Ia tidak mudah basi, walaupun dibiarkan dalam suhu bilik selama dua hari (30-33 darjah Celcius) dan boleh bertahan selama tiga bulan jika disimpan dalam peti sejuk dengan suhu lima darjah Celcius.

Selain itu, santan sawit mendapat permintaan yang tinggi dalam perusahaan cendol santan sawit. Ini kerana teksturnya yang ringan ditambah dengan rasa lemak manis membuatkan rasa cendol yang dihasilkan sangat sedap, malahan pengemar cendol tidak akan berasa muak walaupun selepas menikmati  cendol beberapa mangkuk.

BACA JUGA :   Pendapat Anda Tentang Teknologi Kereta Tanpa Pemandu?

santan kelapa

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2010, permintaan terhadap santan sawit meningkat setiap tahun. Para pelangan boleh mendapatkan santan sawit jenama Khalis di pasar raya besar seluruh Malaysia.

santan kelapa

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber:Kosmos Online

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here