badminton

Badminton – Acara beregu campuran yang diwakili oleh anak buah Jeremy Gan berjaya melakar sejarah bagi negara Jepun apabila berjaya menjuarai acara pada saingan All-England, malam semalam. Kejuaraan itu juga adalah yang pertama kali buat negara tersebut.

badminton
Yuta Watanabe – Arisa Higashino

Gandingan muda badminton Jepun diwakili oleh Yuta Watanabe – Arisa Higashino memberi satu kejutan apabila berjaya menewaskan wakil pilihan kelima kejohanan dari China, Zheng Siwei – Huang Yaqiong 15-21, 22-20, 20-16 pada aksi final di Birmingham.

Loading...

Satu kejayaan amat berharga buat negara Jepun, mereka iaitu kedua-dua pemain berusia 22 dan 21 tahun itu telah merealisasikan impian untuk memenangi kejuaraan tersebut. Namun disebalik kejayaan itu Jeremy adalah watak penting yang memacu kejayaan mereka khususnya dalam saingan beregu campuran.

Jeremy telah meletak jawatan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada September lalu dan tidak perlu untuk mengambil jangka masa panjang untuk membuktikan kredibilitinya sebagai jurulatih. Beliau hanya mempunyai tiga bulan bagi membentuk gandingan Watanabe – Higashino dan mereka berdua berjaya memperolehi keserasian mantap.

BACA JUGA :   5 Sebab Anda 'Wajib' Tonton Filem Biografi Lee Chong Wei : Menjulang Kejuaraan !

Jeremy sangat gembira apabila anak buahnya mengungguli piala All-England tersebut. Malah kedua-dua pemain itu juga dikatakan sangat komitmen sepanjang menjalankan sesi latihan sebelum perlawanan seterusnya bergelar pasukan juara.

“Saya amat gembira dengan kejayaan kedua-dua pemain ini, mereka sememangnya memberikan komitmen yang sungguh baik sepanjang sesi latihan mereka bersama saya, dan memang layak kejuaraan itu mereka miliki.

“Terima kasih juga kepada Persatuan Badminton Jepun dan ketua jurulatih, Park Joo Bong yang memberi kepercayaan penuh untuk melaksanakan program latihan saya sendiri bagi melatih pemain beregu campuran Jepun,” ujar Jeremy.

Menurut jurulatih itu lagi, kedua-dua pemain muda itu mempunyai masa depan yang cerah. Mereka harus berkerja keras untuk menjuarai lebih banyak piala, malah mereka juga bukan individu yang mudah berpuas hati dengan apa yang dimiliki.

Sebelum itu, Jeremy juga antara watak penting yang meletakkan pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pada suatu ketika berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

BACA JUGA :   Lee Chong Wei Tekad Mahu Bawa Malaysia Juarai Piala Thomas Sebelum Gantung Raket
Gambar Hiasan

Sementara itu, pemain perseorangan wanita yang juga pemain nombor satu dunia, Tai Tzu Ying dari Taiwan merekodkan gelaran juara All-England untuk kali kedua berturut-turut selepas menewaskan pemain daripada Jepun , Akane Yamaguchi.

Manakala, bagi perseorangan lelaki kejuaraan dimiliki oleh Shi Yuqi apabila berjaya menundukkan rakan sepasukan negara yang juga merupakan juara lima kali dunia, Lin Dan. Keputusan 19-21, 21-16, 9-21. Kejuaraan itu adalah buat pertama kali Shi Yuqi di persaingan All-England, jika sebelum ini beliau tewas kepada jaguh pemain perseorangan Datuk Lee Chong Wei pada aksi pusingan akhir tahun lalu.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here