Parlimen Malaysia secara rasminya akan dibubarkan pada 28, 29 atau 30 Mac untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU 14) yang akan berlangsung selewat-lewantya Ogos 2018, menurut laporan daripada akhbar The Star semalam.

Tambahan pula, kerajaan yang memenangi PRU kali ini akan mula memerintah sebelum pertengahan Mei. Ini sekali gus memberi petanda bahawa tarikh PRU 14 mungkin ditetapkan pada akhir bulan April atau awal Mei.

Para penganalisis dan sumber-sumber daripada Parti Barisan Nasional memberitahu bahawa mereka yakin Perdana Menteri, Najib Razak akan beroleh kemenangan dan PRU akan dilangsungkan seawal bulan April.

Tempoh kerajaan sekarang memerintah berakhir pada 24 Jun.

Reputasi kerajaan pimpinan Barisan Nasional sebelum ini teruk dicemari oleh skandal dana pelaburan kerajaan negeri, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan korupsi wang sebanyak RM2.6 bilion.

Walaubagaimanapun, sehingga ke hari ini individu-individu yang disahkan terbabit masih belum dibawa ke muka pengadilan. Najib Razak juga menafikan beliau terlibat dengan sebarang salah laku berhubung 1MDB.

Najib Razak PRU 14
Kredibiliti Najib Razak teruk dikritik gara-gara skandal 1MDB.

Skandal tersebut telah membawa satu perubahan yang tidak pernah berlaku dalam kuasa politik di Malaysia, di mana kuasa sebuah parti yang telah memegang kuasa sejak kemerdekaan Malaysia dari Britain pada tahun 1957 mungkin berakhir.

Bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad yang dahulunya merupakan individu penting di dalam UMNO kini muncul sebagai pencabar utama Najib Razak. Tun Mahathir dan pakatan pembangkangnya dijangka memberi saingan yang cukup sengit kepada Barisan Nasional, ditambah dengan skandal 1MDB yang meruntuhkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

PRU 14
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here