Sebuah kumpulan penyelidik, The Economist Intelligence Unit telah mengeluarkan hasil laporan mengenai kos sara hidup di seluruh dunia untuk tahun 2018. Setiap bandar di semua negara dikaji berdasarkan beberapa faktor seperti nilai mata wang, harga makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Tanpa celoteh panjang, mari kita lihat 10 bandar yang paling ‘mahal’ untuk didiami :

#1. Singapore
#2. Paris, France
#3. Zurich, Switzerland
#4. Hong Kong, Hong Kong
#5. Oslo, Norway
#6. Geneva, Switzerland
#7. Seoul, South Korea
#8. Copenhagen, Denmark
#9. Tel Aviv, Israel
#10. Sydney, Australia

Secara amnya, nilai mata wang memainkan faktor yang cukup besar dalam perbelanjaan kos sara hidup. Nilai US dollar yang lemah mengakibatkan New York jatuh ke tangga ke-13 dan tiada bandar di Amerika yang berada dalam senarai 10 teratas.

BACA JUGA :   10 Destinasi Pelancongan Paling Banyak Dilawati Di Dunia
Bandar
Suasana masyarakat di New York, Amerika

Untuk tahun kelima berturut-turut, Singapura adalah bandar termahal untuk didiami, diikuti oleh Paris dan Zurich. Negara-negara di Eropah dan Asia Pasifik kebiasaannya cenderung untuk berada di tangga teratas.

Bandar di Jepun seperti Tokyo dan Osaka tidak berada di dalam senarai ini kerana kadar inflasi yang rendah di negara mereka. Tokyo dahulunya adalah lokasi paling mahal untuk didiami, namun kedudukannya mula jatuh bermula tahun 2013.

Bandar
Tokyo pernah menjadi bandar ‘termahal’ satu ketika dulu

Tel Aviv pula berada pada kedudukan ke-34 pada 5 tahun lalu, tetapi naik ke tangga ke-9 kerana perbelanjaan untuk mendapatkan kereta dan harga alkohol yang naik mendadak.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Singapura Naikkan Kadar Cukai GST Kepada 9% Dalam Tempoh 2021-2025

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here