Orang nak menipu dan mengelat ni akalnya panjang. Tak fikir apa dah, janji apa yang dimahukan boleh dapat dalam genggaman. Tapi, kadang-kadang cara digunakan untuk menipu yang memakan diri sendiri dan akhirnya kantoi dengan pihak berkuasa.

Ini apa yang terjadi pada seorang wanita yang sanggup membuat laporan palsu semata-mata untuk melarikan wang yang bukan miliknya. Kejadian ni berlaku di Sarawak melibatkan seorang wanita yang berusia 30-an.

Tak Lama Pun Nak Kantoi Dengan Polis

Wanita tersebut sebelum ini telah membuat sebuah laporan polis kerana mendakwa duitnya telah hilang yang berjumlah lebih kurang RM100,000. Wang tersebut didakwa telah hilang di sebuah tandas awam di sebuah stesen minyak di Petra Jaya, Kuching.

Tapi, merasakan ada yang tak kena dengan laporan dan dakwaan yang telah dibuat, polis telah memanggil kembali wanita terbabit untuk sesi soal siasat. Yalah, untuk mengesahkan tentang kehilangan duit terbabit. Masa itulah, semuanya dah kantoi.

BACA JUGA :   Ini Nilai Sebenar Wang Tunai Yang Disorok Di Kondo Najib Razak

Nak Larikan Duit Pak Cik Sendiri.

Ketua Polis Daerah Kuching  ACP Ng Ah Lek berkata, selepas menyoal siasat wanita tersebut, pihak polis mendapati bahawa wanita tersebut telah membuat laporan palsu tentang duitnya yang dikatakan ‘hilang’ itu.

Sebenarnya, duit tersebut diambil secara tak sah dan tanpa rela. Atau bahasa mudahnya, dia mencuri duit tersebut. Daripada siapa? Duit itu telah diambil tanpa rela daripada pak ciknya sendiri.

Tipu dan mencuri pak cik sendiri. (Sumber gambar: Power Poetry)

Duit tersebut sebenarnya merupakan hasil jualan rumah pak ciknya sendiri. Lebih mengejutkan, wanita itu merupakan orang kepercayaan pakciknya sendiri yang bertanggungjawab menguruskan segala bentuk urusan kewangan.

Guna Duit Nak Buka Perniagaan Sendiri

Duit yang telah dicuri tersebut dikatakan akan digunakan untuk membuka perniagaannya sendiri iaitu syarikat pembersihan yang telah didaftarkan atas namanya nanti. Tidak mahu kegiatannya kantoi, laporan polis telah dibuat untuk menutup jahatnya.

BACA JUGA :   PDRM Dedahkan Beberapa VIP Berpangkat Tan Sri & Datuk Seri Adalah Dalang Kepada '9 Dragon'

Wanita tersebut yang bersalah kerana telah melakukan lapporan palsu boleh dikenakan tindakan seperti dendan atau penjara. Itu belum masuk lagi tindakan undang-undang menggelapkan duit keluarganya sendiri.

Ramai yang dah berpuas hati dengan produk ni! Anda bila lagi?

Ini adalah sebab mengapa anda harus menyimpan sebotol Marjane Oil Di rumah anda:

  • Harga yang murah dan berbaloi sangat-sangat!
  • Boleh digunakan di seluruh badan
  • Kaya dengan antioksidan. Mana yang tak nak kelihatan tua tu bolehlah cuba Marjane Oil ni!
  • Sesuai untuk semua golongan! Lelaki, perempuan, kanak-kanak, orang tua? Semua boleh guna

Berminat untuk mendapatkannya? Klik pada link di bawah:

https://www.wasap.my/60132002695

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here