Anda pernah dengan mengenai hutan Aokigahara? Hutan ini terletak di Jepun dan menyimpan pelbagai cerita. Bagi penduduk tempatan, kawasan ini cukup sinonim dengan kes bunuh diri. Hutan ini merupakan hutan terlarang namun tidak dihiraukan oleh penduduk. Jom kita kaji bersama kisah mengenai hutan Aokigahara.

#1. HUTAN YANG โ€œSENYAPโ€

Bunuh diri bukanlah jalan pintas kepada masalah anda. Sumber foto: aokigahara

Hutan ini mempunyai pokok yang jenis berakar dan secara tidak langsung โ€œmemudahkanโ€ individu untuk membunuh diri. Rimbunan pokok yang hijau membentuk seakan bumbung dan menyebabkan cahaya matahri tidak sampai ke permukaan bumi. Menjadikan kawasan hutan ini agak gelap walaupun pada waktu siang.

#2. BAWA TALI JIKA TIDAK MAHU โ€œSESATโ€

Hutan Aokigahara sangat luas dan berada di bawah Gunung Fuji. Kalau anda lihat jauh, jelas kelihatan Gunung Fuji yang pastinya memukau mata pelancong, namun tidak di hutan Aokigahara. Sekiranya anda โ€œteringinโ€ memasuki hutan ini, pastikan anda mambawa tali sebagai petunjuk jalan keluar. Jika tidak, anda bakal merasai pengalaman tidur di sana.

BACA JUGA :   CANGGIH ! Jepun Cipta Robot Yang Mampu Kendalikan Majlis Pengkebumian Mayat

#3. KISAH YANG DIFILEMKAN

Terdapat banyak kisah mahupun jalan cerita yang sudah diterbitkan oleh pengarah. Terdapat beberapa filem yang telah dibuat mengisahkan hutan Aokigahara. Pada tahun 2015, Sea of Trees mengisahkan seorang suami yang ingin membunuh diri di hutan ini namun membatalkan hasrat hatinya.

Sumber foto: thesplendid

Pada tahun 2016, The Forent telah menemui penonton di mana kisah ini juga berkaitan dengan โ€œtempat bunuh diriโ€ ini. Bukan itu sahaja, Wataru Tsurumi telah menerbitkan buku The Complete Manual Suicide pada tahun 1993. Buku ini akan mengajar anda cara-cara untuk membunuh diri di hutan ini. Buku ini juga seringkali dilihat bersama mangsa yang membunuh diri.

#4. REKOD KEMATIAN YANG TIDAK TETAP

 

BACA JUGA :   Jepun Benarkan Pekerja Letih Tidur di Tempat Kerja

Pihak Polis Jepun akan memberikan data bilangan individu yang membunuh diri. Namun, bilangan tersebut tidak tepat! Hal ini kerana, sebilangan individu yang membunuh diri tidak dapat dikenalpasti mayat mereka. Mayat tiba-tiba โ€œhilangโ€ juga sering kali berlaku.

Sumber foto: cnnindonesia

Mengikut anggaran kasar, seramai 100 mayat akan ditemukan di hutan Aokigahara ini. Namun begitu, jumlah tepat tidak mampu dipastikan.

#5. TRADISI TINGGALKAN ORANG TUA

Bagi penduduk masyarakat Jepun, mereka mempunyai tradisi yang agak menyayat hati. Meninggalkan orang tua mereka merupakan pilihan terakhir untuk terus hidup. Kekangan ekonomi mahupun kemiskinan pada zaman dahulu menybabkan mereka terpaksa berbuat begitu.

Buku ini akan mengajar individu cara membunuh diri. Sumber foto: Amazon UK

Bagi orang tua, mereka akan ditinggalkan di situ keseorangan dan dibiarkan kelaparan sehingga mati. Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat Jepun menafikan cerita ini dan mendakwa ianya hanya mitos.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here