kredit : androidcentral

Sebaik sahaja diperkenalkan oleh musuh ketat Samsung iaitu Apple tentang perincian ‘notch’ yang dilancarkan pada telefon keluaran iPhone pada akhir tahun lalu iaitu iPhone X, Samsung tidak dapat menafikan bahawa perician lengkung di skrin telefon pintar yang direka oleh iPhone telah menjadi trend ikutan pengeluar-pengeluar telefon bimbit pintar yang lain.

Walaupun pernah tampil dengan video untuk menyakat atau ‘troll’ jenama telefon pintar terkenal itu dengan video yang menampilkan sebuah keluarga yang telah memotong rambut mereka kepada bentuk notch iPhone, namun Samsung sekarang tidak dapat menafikan lagi bahawa mereka akan turut menyertai trend itu untuk menampilkan telefon bimbit keluaran terbaru mereka nanti dengan perincian notch juga.

Pengumuman pengesahan itu telah dilakukan oleh Hassan Anjum yang merupakan seorang pengarah pemasaran produk di Samsung semasa pada persidangan pemaju syarikat semalam.

Hassan Anjum turut menunjukkan beberapa jenis rekaan notch yang bakal Samsung lancarkan pada telefon bimbit keluaran mereka yang akan datang pada tahun 2019 dan tahun yang seterusnya nanti.

BACA JUGA :   Baru Beberapa Hari Dilancarkan, iPhone Baharu Dah Pun Ada Masalah

Pengarah pemasaran produk Samsung itu turut menyerlahkan tentang kejayaan Samsung yang akhir-akhir ini berjaya untuk mengurangkan bezels di telefon pintar keluaran mereka sebelum ini dan dapat memaksimumkan saiz paparan telefon pintar mereka tahun demi tahun.

“Kami akan terus berjalan. Bezels akan mengecut lebih banyak lagi pada masa akan datang,

“Kami akan menolak had (bezels) dengan barisan rekaan baru kami iaitu paparan ‘Infinity U, V dan O,” katanya semasa persidangan itu semalam.

Semasa persidangan yang diadakan semalam, Hassan Anjum menerangkan dengan lebih mendalam lagi tentang perincian notch yang direka khas dan mempunyai tiga jenis notch yang berbeza.

INFINITY U : Rekaannya lebih bujur seprauh kecil yang memotong ke bahagian tengah atas paparan.

BACA JUGA :   Harga iPhone 6 Kini Jatuh Lagi, Turun Kepada RM1,299

INFINITY V : Rekaannya sama seperti Infinity U tetapi dengan empat tepi bukannya bujur atau separuh bujur.

INFINITY O : Paparan skrin penuh yang tidak diganggu oleh lengkungan notch seperti rekaan Infinity yang lain. Ianya dikatakan akan mirip dengan telefon pintar keluaran Asus iaitu ZenFone 6.

NEW INFINITY : Ia akan kelihatan seperti paparan skrin penuh tanpa lengkungan notch. Hassan Anjum bagaimana pun tidak menerangkan tentang perincian new infinity ini di atas pentas persidangan itu semalam. Apa yang boleh dikatakan, Samsung mungkin sedang meneroka idea telefon slider yang akan menempatkan kamera selfie dan komponen lain di luar lokasi mereka yang biasa.

Mari kita sama-sama nantikan rekaan notch versi Samsung pula pada tahun hadapan dan adakah Apple akan melakukan video troll sebagai balasan kepada Samsung nanti?

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here