Kemenangan Malaysia menewaskan Myanmar pada 24 November lalu dalam kempen piala AFF Suzuki. merupakan kejayaan buat pasukan seterusnya buat rakyat Malaysia. Perlawanan ini diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin telah mencipta rekod kehadiran penyokong paling ramai sepanjang kempen pertandingan itu.

Menggunakan tiket kemenangan 3-0 menewaskan Myanmar kendalian jurulatih Antoine Hey. Malaysia dari kumpulan B kini mampu tersenyum gembira kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Perlawanan antara Malaysia menentang Myanmar. Sumber video ihsan daripada BrainNHM.

Malaysia bakal menemui lawan tadisi, Thailand pada awal bulan hadapan. Menggunakan format timbal balik, Harimau Malaya dijangka akan berkunjung ke negara gajah putih itu pada 1 Dsember dan Thailand dijangka akan ke Malaysia pada 5 Disember. Thailand merupakan naib juara selepas mengalahkan pasukan lawan Singapura dengan 3-0. Perlawanan ini telah berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Ahad semalam.

BACA JUGA :   Kes COVID - 19 Masih Di Angka Seribu.
Sumber foto: Football tribe

Sokongan peminat juga merupakan pembakar semangat buat pasukan Malaysia terus melakar kejayaan. Pada perlawanan menentang Myanmar telah menyaksikan sejumlah 83,000 peminat bola sepak memberikan sokongan penuh buat Harimau Malaya.

Menurut laporan daripada Bernama, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Michael Ramalingan menerusi portal rasmi FAMย akan memaklumkan mengenai urusan pembelian tiket bagi perlawanan separuh akhir tersebut.

Thailand berjaya mengalah Singapura dengan 3-0. Sumber foto: Astro Awani

Stuart mengulas bahawa penjualan tiket akan dibuka seawal 29 November ini. Ini kerana, tiket perlawanan akan dicetak di Bangkok oleh syarikat yang telah dilantik oleh Persatuan Bola Sepak ASEAN (AFF). Namun, peminat bola sepak juga masih boleh mendapatkan mendapatkan tiket secara atas talian di sini.

Melalui pembelian secara atas talian, pembeli dapat menebus tiket berkenaan di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Khamis sehingga tarikh perlawanan. Bagi yang ingin mendapatkan tiket secara walk-in, anda boleh membeli di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 dan 30 November ini.

BACA JUGA :   Beberapa DUN Mula Bersidang Pada Ogos, Parlimen Sudah Cukup Kelengkapan

Stuart juga memaklumkan bahawa aharga tiket akan dijual pada harga RM40 bagi tempat duduk granstand, RM30 bagi tempat duduk terbuka dan RM5 bagi tiket kanak-kanak.

Tiap-tiap hari buat kerja yang sama sahaja? Ingin cuba sesuatu yang baharu?Apa kata kali ini meniaga santan pula.ย 

Serlahkan minat usahawan anda bersama Kelas Bisnes. Sumber foto: Kelas Bisnes

Jom sertai Kelas Bisnes dan ketahui teknik yang berkesan untuk memperkenalkan perniagaan santan. Berminat tapi bagaimana ingin mula? tekan sahaja link di SINI dan kami akan terus hubungi anda.

Inilah masanya untuk menambah pendapatan anda! Bagi sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi Tuan Syed di talian 013-209 0322.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here