Seorang kanak-kanak dijumpai terapung di sebuah parit di sini. Kejadian berlaku di Banting Jalan Pinang Batu 8, Telok Panglima Parang jam 2:40 petang semalam. Menurut laporan daripada Berita Harian, perkara ini telah disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Langat, Deputi Superintendan Kamalariffin Aman Shah.

Tambahannya, mangsa dikenali sebagai Muhammad Effizul Idham Fidaus. Mangsa merupakan pelajar tahun enammurid Tahun Enam di Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Panglima Garang ditemui orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Pihak Bomba antara yang membantu menyelamatkan mangsa. Gambar sekadar hiasan. Sumber foto: Pinterest.

Orang ramai mula menghubungi pihak polis apabila menjumpai sekujur tubuh di dalam air. Hasil pemeriksaan mendapati bahawa tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa. Polis turut menjupai baju T-shirt serta basikal mangsa berdekatan dengan kawasan kejadian.  Pada T-shirt tersebut turut tertulis nama sekolah mangsa, Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang. Identiti mangsa kemudiannya disahkan oleh guru sekolah serta ahli keluarga.

BACA JUGA :   Tipu Helah Skim Cepat Kaya 'OneCoin'

Mangsa dibawa ke Hospital Banting bagi bedah siasat dan punca kematian ialah lemas. Proses mengangkat mangsa mengambil masa 35 minit. Saksi turut mendakwa terdapat juga rakan mangsa yang bermandi manda pada ketika itu. Kesemua rakan mangsa akan dipanggil semula bagi soal siasat.

Pihak ibu bapa perlulah memantau aktiviti anak-anak. Gambar sekadar hiasan. Sumber foto: Go Dok.

Penjaga disarankan agar memantau keselamatan anak-anak memandangkan musim cuti sudah bermula. Elakkan membiarkan ke kawasan yang berpotensi bahaya seorang diri. Seeloknya bawa bersama orang dewasa bagi menjamin keselamatan satu sama lain.

Tiap-tiap hari kerja dan buat kerja yang sama sahaja? Ingin cuba sesuatu yang baharu?Apa kata kali ini meniaga santan pula. 

Jom sertai Kelas Bisnes dan ketahui teknik yang berkesan untuk memperkenalkan perniagaan santan. Berminat tapi bagaimana ingin mula? tekan sahaja link di SINI dan kami akan terus hubungi anda.

BACA JUGA :   Ketahui Ciri Scam Yang Bertopengkan Pelaburan.

Inilah masanya untuk menambah pendapatan anda! Bagi sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi Tuan Syed di talian 013-209 0322.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here