Siapa saja yang tak suka melancong ke Pulang Pinang @ Penang? Pantai yang cantik, tinggalan sejarah yang banyak, DAN semestinya gerai menjual pelbagai juadah yang sentiasa dikerumuni orang ramai.
TAPI…
Perkembangan terbaharu daripada kerajaan Pulau Pinang ini mungkin akan menyebabkan anda berfikir 2 kali sebelum menjadikan Pulau Pinang destinasi anda selepas ini.
Terbaharu, kerajaan Pulau Pinang mungkin akan mengenakan caj bagi setiap kenderaan bukan didaftarkan di P. Pinang yang memasuki negeri itu. Pelaksanaan caj itu dibuat bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Pulau Pinang Makin Padat, Ada Sejuta Kenderaan
Menurut ADUN Kebun Bunga, Jason Ong Khan Lee, pelaksanaan caj masuk ini boleh mengurangkan jumlah kenderaan luar yang memasuki Pulau Pinang yang sudah sedia sarat dengan jumlah kenderaan yang makin bertambah setiap masa.
Sarat yang macam mana tu? Menurut beliau lagi, jumlah kenderaan di Pulang Pinang sudah meningkat ke angka sejuta kenderaan luar yang memasuki Pulau Pinang untuk pelbagai tujuan (kebanyakkannya untuk melancong, semestinya!). 10 tahun yang lepas, hanya 300,000 buah kenderaan yang ada di Pulau Pinang.
Caj kenderaan luar memasuki Pulau Pinang ini diharapkan boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang yang kebanyakkannya berpunca daripada pertambahan jumlah kenderaan luar di Pulau Pinang.
Galakkan Orang Menggunakan Kenderaan Awam
Selain daripada menggurangkan jumlah kenderaan yang masuk ke Pulau Pinang, langah pengenalan caj kenderaan ini juga akan menggalakkan pengunjung untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke sana dan juga semasa berada di sana.
Setakat ini, satu-satunya cara untuk masuk ke Pulau Pinang melalui pengangkutan darat selain daripada kereta adalah menggunakan bas ekspres.
Di Pulau Pinang, Prasarana sudah memperkenalkan khidmat bas awam RapidPenang yang meliputi hampir keseluruhan kawasan Pulau. Ada juga perkhidmatan RapidFerry yang membawa pengunjung daripada tanah besar ke Pulau Pinang.
“Kita nak gerakkan manusia, bukannya kenderaan. Saya harap cadangan mengenakan caj ke atas semua kenderaan yang bukan berdaftar di Pulau Pinang dapat diperhalusi,”
Untuk mencapai hasrat ini, kerajaan negeri perlulah menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam bagi memudahkan orang ramai untuk bergerak di Pulau Pinang.
Tahukah Anda?
Terdapat satu satu produk yang mampu menyelesaikan masalah kesihatan anda, iaitu MUSHTANIR. Mushtanir merupakan campuran makanan sunnah dan herba yang terpilih daripada Jamu Ratu Malaya. Mushtanir mampu membantu anda merawat penyakit kronik, penyakit biasa, masalah rumah tangga dan banyak lagi.
Berita baik buat anda, dengan setiap pembelian Mushtanir, anda akan mendapat senaskhah buku doa-doa sufi secara percuma, selagi stok masih ada. Tunggu apa lagi? Dapatkan Mushtanir sekarang! Untuk maklumat lanjut ataupun sebarang urusan pembelian, layari pautan di bawah:
Facebook : Stokis JRM Johor
Instagram : @jamuratumalaya_johor
WhatsApp :
https://www.wasap.my/60132002695
https://www.wasap.my/60132882695