Pencipta terkenal bagi semua watak Marvel, Stan Lee akhirnya mengehembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Cedars-Senai selepas dikejarkan ke sana. Menurut laporan daripada Reuters, perkara ini telah disahkan sendiri oleh anak perempuan beliau, J.C. Lee dalam satu kenyataan. J.C.Lee bagaimanapun tidak menjelaskan punca kematian ayahnya.

Stan Lee. Sumber foto: San Antonia Current.

Pada tahun lepas, isterinya Joan Boocock Lee meninggal dunia akibat penyakit strok pada awal bulan Julai. Mendiang telah meninggalkan suaminya pada usia 75 tahun. Berita kematian Stan Lee pastinya memberi impak dalam industri perfileman. Pasangan Lee ini telah dikuniakan cahayamata John Celia Lee dan Jan Lee. Namun begitu, Jan Lee meninggal dunia selepas tiga hari dilahirkan.

BACA JUGA :   Penyanyi Hey!Kau Meninggal Dunia

Stan Lee muncul di setiap babak filem adiwira yang dihasilkannya. Sumber Video:SuperheroesEvolution.

Stan Lee meninggal dunia pada usia 75 tahun semalam. Beliau dilahirkan pada tahun 1922 di Brooklyn. Beliau menamatkan graduasi pada umur 16 tahun dan memasang impian untuk menjadi seorang penulis yang terkenal. Menamatkan zaman bujang bersama Joan Boocock dan usia perkahwinan mereka hampir 70 tahun.

Stan Lee seringkali muncul dalam setiap babak di dalam filem Marvel. Beliau berjaya menghasilkan watak pertama adiwira bermula Fantastic Four di ikuti The Hulk, The Avengers, Spiderman Home-Coming dan banyak lagi. Menurut laporan daripada yourtango.com, Stan Lee sebelum ini turut mengalami penyakit peunominia dan masalah penglihatan. Peninggalan Stan Lee telah memberi banyak inspirasi kepada masyarakat.

BACA JUGA :   Aksi Parodi 'Infinity War' Oleh Pelajar Ini Dapat Pujian Pengarah Avengers

Tiap-tiap hari kerja dan buat kerja yang sama sahaja? Ingin cuba sesuatu yang baharu?Apa kata kali ini meniaga santan pula. 

Jom sertai Kelas Bisnes dan ketahui teknik yang berkesan untuk memperkenalkan perniagaan santan. Berminat tapi bagaimana ingin mula? tekan sahaja link di SINI dan kami akan terus hubungi anda.

Inilah masanya untuk menambah pendapatan anda! Bagi sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi Tuan Syed di talian 013-209 0322.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here