Pada bulan lalu Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik ada mengumumkan tentang keperluan pelajar-pelajar sekolah untuk mempelajari tentang asas-asas berenang supaya dapat mengelakkan daripada lemas berikutan peningkatan kadar mangsa lemas dalam kalangan pelajar sekolah yang tinggi. Usaha ini dilihat sebagai salah satu usaha terbaik pihak kementerian dalam memastikan pelajar-pelajar sekolah bersedia dengan kemungkinan risiko lemas.

Selepas mengeluarkan kenyataan tentang permintaan supaya pihak hotel di Malaysia yang mempunyai kolam renang di premis mereka membenarkan pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti renang bagi pelajar-pelajar sekolah di Malaysia, cadangan beliau telah pun di tolak.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam beliau turut berkata bahawa pihaknya akan melakukan diskusi bersama pihak hotel berkenaan perkara tersebut supaya ianya ditawarkan sebagai salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.

Perkara yang diusulkan oleh Menteri Pendidikan itu bagaimana pun telah mendapat tentangan oleh Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) Sarawak untuk membenarkan premis hotel yang mempunyai kolam renang sebagai tempat aktiviti renang bagi pelajar-pelajar sekolah.

BACA JUGA :   Antara 3 Hotel Terbaik di Bandar Kursk , yang Highly Rated

Setiausaha Kehormatnya, John Teo Peng Yew mengatakan bahawa tanggungjawab untuk melakukan aktiviti itu seharusnya digalas oleh kolam renang awam dan bukannya oleh premis hotel yang mempunyai kolam renang.

Teo berkata bahawa saiz kolam renang hotel tidak sesuai untuk dijadikan aktiviti renang kerana saiznya lebih kecil berbanding saiz kolam renang awam.

“Kerajaan seharusnya menggalakkan semua sekolah untuk mengadakan kelas latihan yang ditawarkan oleh perenang bertauliah yang juga pengawal kolam renang disebabkan mereka berupaya melakukan tugas menjaga keselamatan di kolam,

Beliau turut menambah jika premis hotel dijadikan sebagai tempat pelajar-pelajar sekolah menjalankan aktiviti kokurikulam mereka, ia pastinya akan mengganggu ketenteraman pengunjung premis hotel dan pengunjung pasti tidak lagi akan memilih premis hotel tersebut kerana tidak lagi dapat menikmati ketenangan ketika berada di premis hotel itu.

BACA JUGA :   RTM Lancarkan Saluran Baharu, TV OKEY Khas Untuk Penonton Sabah & Sarawak

“(Cadangan itu) tidak wajar oleh sebab ia hanya akan mengganggu ketenteraman di kolam renang hotel, pelajar akan membuat bising, melompat masuk dan keluar dari kolam, mewujudkan suasana riuh rendah dan ini akan mengganggu tetamu hotel,” katanya kepada Bernama.

Maszlee semalam menerangkan bahawa cadangan beliau supaya kolam renang hotel digunakan kerana tidak semua sekolah terletak berhampiran dengan kolam renang awam atau dilengkapi dengan kemudahan seperti itu.

Maszlee telah mengumumkan bahawa mulai tahun depan kegiatan kokurikulam belajar berenang akan diperkenalkan kepada pelajar-pelajar sekolah sebagai usaha untuk mempersiapkan diri mereka dengan asas-asas berenang supaya dapat mengelakkan risiko lemas.

Setakat ini beberapa negara seperti Australia dan Finland telah pun mewajibkan kemahiran belajar berenang diajar di sekolah-sekolah negara mereka.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here