Tidak dinafikan bahawa gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja khususnya disebabkan oleh kebebasan mereka untuk melakukan apa sahaja tanpa pengawasan ibu bapa mereka tanpa menghiraukan waktu yang sepatutnya mereka harus berada di rumah.

Bagi mengatasi masalah gejala sosial yang dilihat semakin sukar dibendung ini, kerajaan negeri Kelantan sedang dalam usaha untuk mengkaji perlaksanaan perintah berkurung  ke atas remaja di sana.

Menurut sumber Utusan Online, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md Nawi menjelaskan bahawa sekurangnya tujuh negara telah melaksanakan perintah berkurung ke atas kanak-kanak dan remaja di negara mereka dan kerajaan negeri Kelantan menyambung baik usaha tersebut dalam membendung masalah sosial di negeri itu.

BACA JUGA :   Bapa Kepada Bayi 8 Bulan Dipercayai Terpengaruh Dengan Ajaran Sesat

“Kita sambut baik cada­ngan perintah berkurung yang mampu merapatkan hubungan kekeluargaan dan menurun­kan kadar gejala sosial, pera­turan sebegini sudah dilaksanakan di lebih 500 buah bandar di AS dan banyak negara lain,” katanya.

Antara negara-negara lain yang turut melakukan perintah berkurung ke atas remaja dan kanak-kanak selain AS termasuklah Thailand, United Kingdom, Australia, Britain, Iceland dan Jerman.

Mumtaz turut berkata bahawa kebanyakkan negara yang melaksanakan perintah berkurung ke atas remaja dan kanak-kanak kebiasaannya akan menetapkan peraturan bahawa remaja di bawah umur 16 tahun ke bawah tidak boleh keluar daripada rumah melebihi jam 10 malam manakala remaja berumur bawah 18 tahun pula tidak dibenarkan untuk keluar daripada rumah melebihi 12 malam.

BACA JUGA :   Ular Sawa Seberat Lebih 80KG Dijumpai Dalam Perigi

Beliau juga yakin bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan negeri itu melakukan sesuatu untuk membendung gejala sosial tersebut dengan mengikut jejak langkah negara-negara lain bagi menjamin masa hadapan remaja-remaja di negeri Kelantan.

“Negara maju sudah pun menjadikan ini amalan malah jika kita melihat contoh negara Iceland peraturan begini telah terbukti berjaya mengurangkan gejala sosial di negara tersebut.

“Malah, ada bandar di AS seperti Los Angeles yang mengenakan perintah berkurung untuk remaja bukan saja waktu malam bahkan tempoh tertentu pada waktu siang.”

Mumtaz mengusulkan cadangan tersebut ketika beliau berucap menggulung perbahasan Belanjawan 2019 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here