Olahraga Muay Thai adalah sukan tinju bagi masyarakat Thailand. Tidak dapat dinafikan, tinju ini memberi banyak kebaikan kepada tubuh badan seperti menguatkan otot, mengawal berat badan, menguatkan stamina, menguatkan mental dan sebagainya. Namun begitu, lain pula yang terjadi baru-baru ini di Thailand.
Kejadian yang mengejutkan apabila seorang kanak-kanak meninggal dunia dalam perlawanan tinju ini. Hal ini demikian kerana pendarahan yang teruk pada bahagian kepala mangsa. Menurut laporan daripada Reuters, Anucha Kochana tewas dalam perlawanan Muay Thai yang diadakan di sebuah pinggir bandar Bangkok semalam.
Berikut merupakan perlawanan yang diadakan dalam perlawanan Muay Thai. Kredit video:EliteBoxingtv
Sukan Muay Thai bukan lagi kedengaran asing bagi masyarakat di sana. Terdapat ribuan kanak-kanak yang memasang impian untuk menyertai sukan ini. Perkara ini kerana, sukan Muay Thai mampu memberi pulangan yang lumayan serta dapat membantu ahli keluarga mereka. Di Thailand, tiada had umur dikenakan bagi peserta Muay Thai.
Berikutan daripada ini, penjaga Anucha Kochana mengulas bahawa pihak mereka tidak akan mengambil sebarang tindakan mengenai anak mereka. Sebelum ini, kerajaan Thailand terlebih dahulu sudah mengeluarkan kenyataan. Undang-undang melarang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan menyertai sukan tinju.
Tiap-tiap hari kerja dan buat kerja yang sama sahaja? Ingin cuba sesuatu yang baharu?Apa kata kali ini meniaga santan pula.
Jom sertai Kelas Bisnes dan ketahui teknik yang berkesan untuk memperkenalkan perniagaan santan. Berminat tapi bagaimana ingin mula? tekan sahaja link di SINI dan kami akan terus hubungi anda.
Inilah masanya untuk menambah pendapatan anda! Bagi sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi Tuan Syed di talian 013-209 0322.