Beberapa hari lepas, kecoh seluruh Malaysia apabila insiden melibatkan pertelingkahan di sebuah kuil. Isunya bukanlah melibatkan perkauman tetapi, zaman sekarang apa saja boleh jadi dan boleh menjadi punca kepada insiden yang lebih teruk.

Jadi, kami di Deenamik ingin memberikan sedikit petua dan tips bagi menghadapi masa-masa sekarang yang agak sensitif dan cara untuk menghindarinya.

#1. Jangan Sebarkan Mesej Palsu.

Apabila terjadi sesuatu isu yang melibatkan perkauman di bumi Malaysia ni, mulalah berlegar di aplikasi mesej Whatsapp mesej-mesej yang kandungannya agak kasar. Ada juga yang mengandungi pelbagai tuduhan liar berkenaan pihak lain.

Ada juga yang mengandungi mesej-mesej untuk membenci pihak lain dan membuatkan pihak yang lagi satu kelihatan buruk. Tak lupa, mesej yang mengandungi seruan untuk berhimpun bagi tujuan yang tak baik.

Nasihat kami, abaikan mesej tersebut. Jangan gatal-gatal pergi sebarkan kepada orang lain. Mesej seperti ini masuk melalui group message yang boleh dicapai kepada lebih ramai orang.

BACA JUGA :   Darurat : Pemimpin Parti PN Sudah Puas Hati

Kalau boleh, nasihatkan kepada sahabat anda untuk sekali bersama anda mengabaikan mesej-mesej yang berbaur hasutan ini. Langkah pertama menuju keamanan adalah bermula pada anda.

#2. Bersihkan MedSos Anda Daripada Kebencian!

Nak sebarkan mesej dengan lebih cepat dan meluas? Gunakan segala macam media sosial yang ada. Jadi, tak hairanlah kalau bermacam posting berbaur hasutan yang akan lalu di timeline media sosial anda.

Jadi apa nak kena buat?

Apa susah, report saja. Bila dah buat laporan, pihak media sosial seperti Facebook akan menurunkan posting tersebut daripada timeline. Janganlah anda pula yang galak share posting-posting yang tak sepatutnya.

#3. Jangan Bertindak di Luar Batasan!

Bumi Malaysia ni ada undang-undangnya. Tak kira siapa pun anda, selagi kaki masih bepijak di bumi Malaysia, anda akan tertakluk dengan segala peraturan dan undang-undang Malaysia.

BACA JUGA :   PNB: ADAM 50 BERAKHIR TAHUN INI

Jadi, kalau ada yang cuba untuk provok anda dengan mesej yang berbaur perkauman dan hinaan, laporkan saja pada polis. Kalau dibuat secara direct, ambil gambar orang yang provok anda.

Jangan pula anda bertindak sendiri hingga menyebabkan diri anda susah. Anda Cuma perlu bertenang dan bertindak dengan betul. Sebarkan keamanan dan bukannya kebencian!

Ramai yang dah berpuas hati dengan produk ni! Anda bila lagi?

Ini adalah sebab mengapa anda harus menyimpan sebotol Marjane Oil Di rumah anda:

  • Harga yang murah dan berbaloi sangat-sangat!
  • Boleh digunakan di seluruh badan
  • Kaya dengan antioksidan. Mana yang tak nak kelihatan tua tu bolehlah cuba Marjane Oil ni!
  • Sesuai untuk semua golongan! Lelaki, perempuan, kanak-kanak, orang tua? Semua boleh guna

Berminat untuk mendapatkannya? Klik pada link di bawah:

https://www.wasap.my/60132002695

https://www.wasap.my/60132882695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here