OIC Tidak Berdiam Diri 

Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), sebulat suara mengiktiraf Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin dan menggesa masyarakat dunia untuk mengambil tindakan sama.

Sumber foto : ISMAweb

Persidangan itu juga mengisytiharkan tindakan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah tidak sah dan terbatal dari segi undang-undang. Ternyata Presiden Amerika itu cuba melemahkan semua usaha damai serta menggalakkan ekstremisme dan keganasan.

Sidang kemuncak negara-negara Islam itu dianjurkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan selaku Pengerusi OIC sebagai tindak balas terhadap tindakan Trump yang mencetuskan pelbagai kemarahan daripada negara-negara Islam umumnya.

OIC
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan

Pertubuhan yang dianggotai 57 negara anggota, termasuk Arab Saudi dan Malaysia, turut menegaskan, semua negara OIC komited mencari penyelesaian mutlak bagi memastikan wilayah tersebut kekal aman.

OIC
Turut kelihatan di dalam gambar adalah Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia

Susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, OIC merasakan peranan negara kuasa besar berkenaan sebagai penaja perdamaian di Asia Barat tidak lagi sah. Sehubungan dengan itu, OIC memutuskan AS perlu menarik diri daripada memainkan peranan dalam proses damai di Asia Barat.

baitulmaqdis
Tindakan Donald Trump ini sememangnya menimbulkan kemarahan pemimpin-pemimpin negara Islam

Jika dilihat dari aspek lain, pengiktirafan Baitulmadis sebagai ibu negara Israel juga akan menggalakkan lagi tindakan rejim Zionis itu untuk meneruskan dasar kolonialisme, pendudukan, aparteid dan pembersihan etnik di Palestin.

Presiden Turki, Erdogan melabel Israel sebagai negara penakluk dan pengganas.

“Semua negara yang menghargai undang-undang antarabangsa dan keadilan perlu mengiktiraf Baitulmaqdis yang diduduki Israel sebagai ibu negara Palestin. Negara-negara Islam tidak akan sewenang-wenangnya  melepaskan tuntutan itu”, ujar Erdogan.

Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam ucapannya turut mengingatkan pemimpin negara Islam bahawa Washington tidak lagi boleh menjadi agen perdamaian yang jujur.

Nampaknya, peranan AS dalam proses politik tidak lagi boleh diterima kerana mereka berat sebelah kepada Israel. Ini adalah pendirian yang ditegaskan Palestin mereka berharap negara anggota OIC terus menyokong Palestin dalam perkara ini.

Tegasnya lagi, “tidak mungkin wujud keamanan atau kestabilan di Asia Barat selagi Baitulmaqdis tidak diiktiraf sebagai ibu negara Palestin”.

Diharapkan, pemimpin-pemimpin negara Islam dapat bersatu dalam mencari penyelesaian terbaik untuk membela nasib Palestin yang sekian lama ditindas.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada BH

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here