Menurut pengendali Selangor, P. Maniam telah memberi bayangan yang Selangor akan menggunakan lebih banyak tenaga muda dalam saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Melihatkan purata umur keseluruhan senarai pemain yang telah diumumkan, kenyataan Maniam itu mungkin bakal direalisasikan. Purata umur skuad ‘The Red Giants’ untuk musim 2018 adalah 24 tahun.

Loading...

Selangor

Selangor bakal dibarisi oleh 18 pemain yang berumur bawah 23 tahun, dengan hanya 11 pemain yang boleh dianggap sebagai pemain senior antaranya kapten, Razman Roslan, Amri Yahya, Norazlan Razali dan Azamuddin Akil.

“Kita akui barisan Selangor musim depan dibarisi ramai pemain muda, jadi penting untuk mereka diberi pendedahan dan peluang beraksi.

“Jadi, mereka perlu bersedia dan memanfaatkan peluang yang diberikan dengan memperagakan aksi terbaik masing-masing,” ujar Maniam.

BACA JUGA :   Pakatan Harapan Dijangka Kekal Memerintah Selangor Atas Beberapa Sebab...

Selangor

Pengendali berusia 49 tahun itu tidak gentar untuk mengetengahkan bakat-bakat muda dan seperti musim lalu, pemain-pemain muda seperti Adam Nor Azlin, Syahmi Safari dan K. Kannan sering mendapat ruang dan peluang.

Hasilnya, pemain-pemain tersebut dilihat semakin matang menuju ke penghujung musim. Lihatlah perkembangan Adam Nor Azlin, sehingga menjadi tulang belakang kepada barisan pertahanan Selangor musim lalu.

Malah, salah seorang pemain yang baharu menyertai Selangor untuk musim 2018, Sean Eugene Selvaraj, mengakui perkara tersebut adalah antara sebab dia mahu menyarung jersi Selangor.

Selangor

“Itu (penggunaan pemain muda) adalah sebab saya menyertai Selangor. Mereka beraksi di Liga Super dan menggunakan pemain muda, dan ini adalah peluang terbaik saya untuk pergi ke sana,” jelas Sean.

BACA JUGA :   Ini Punca Sebenar MAIS Gantung Tauliah Ustaz Ahmad Dusuki

Pada 2017, musim pertama Maniam mengendalikan Selangor, dia telah menaikkan tujuh pemain bawah 21 tahun ke pasukan utama. Dan pemain-pemain tersebut juga masih beraksi bersama skuad Piala Presiden.

Ini kerana, Maniam menjelaskan yang pemain muda wajar diberikan pendedahan beraksi pada tahap kompetitif untuk mereka mengembangkan lagi potensi diri mereka.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari Semuanya Bola

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here