Pulau Boracay ialah sebuah pulau yang terletak di Filipina. Sebelum ini, pulau ini terpaksa ditutup pada 26 April 2018. Keputusan ini telah dibuat sendiri oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte. Beliau meluluskan penutupan pulau ini selepas khuatir akan potendi pulau ini menjadi “pulau sampah”.

Terdapat lebih 17,000 nasib pekerja yang perlu dibela. Setiausaha Pelancongan Filipina, Frederick Alegre berkata antara langkah awal yang dibincangkan adalah dengan memindahkan kesemua pekerja terbabit ke tanah besar. Anggaran kasar pendapatan bagi pulau ini ialah AS$1 bilion setiap tahun.

Pada 26 Oktober lalu, pulau ini telah dibuka semula. Namun selepas sehari pembukaan, terdapat banyak sampah yang dibuang merata tempat. Pulau ini kembali kotor dan telah menjejaslan alam semulajadi pulau ini. Kuota bagi setiap kemasukan pelancong kini terhad kepada 19,000 pelancong sahaja.

Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli Filipina (DENR) turut menemukan sampah sarap beberapa hari selepas pembukaan pulau ini. Pelancong seharusnya menjaga kebersihan agar alam semulajadi kekal terpelihara.
Tiap-tiap hari buat kerja yang sama sahaja? Ingin cuba sesuatu yang baharu?Apa kata kali ini meniaga santan pula.
Jom sertai Kelas Bisnes dan ketahui teknik yang berkesan untuk memperkenalkan perniagaan santan. Berminat tapi bagaimana ingin mula? tekan sahaja link di SINI dan kami akan terus hubungi anda.
Inilah masanya untuk menambah pendapatan anda! Bagi sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi Tuan Syed di talian 013-209 0322.